Sabtu, 26 Januari 2013

Anwar : Parti Komponen PR Sehaluan Dalam Isu Kalimah Allah


Grafik-Khalimah Allah

PETALING JAYA  : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada perbezaan pandangan dalam isu kalimah Allah di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan parti komponen PAS.

Jelas Anwar, pendirian yang diumumkan PR adalah berdasarkan kepada keputusan yang dicapai bersama dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Keputusan kita adalah berdasarkan kepada apa yang dipersetujui dan dibentangkan serta dibincangkan dalam mesyuarat bersama.

“Majlis Syura (Pas) juga memutuskan bahawa penggunaan itu dibenarkan namun melalui beberapa syarat yang diperincikan.

“Perkara tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat bersama sebelum itu, namun jelas ia tetap berlandaskan kepada pendirian yang sama,” tegas Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kesal kerana media Umno-BN cuba mengambarkan bahawa Pas dan parti komponen PR tidak sehaluan di dalam isu tersebut.

“Mereka ini begitu ambil berat dengan keputusan Majlis Syura, jadi saya syorkan mereka untuk kaji keputusan yang lain juga.

“Kaji dan siarkan juga keputusan mengharamkan undi untuk Umno, bentangkan ‘details’ untuk keputusan ini,” tambahnya lagi.

Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada awal Januari lalu mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Tiada ulasan: