MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Seramai 121,000 orang belia yang
berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat malam tadi untuk
mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian
telefon pintar.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata secara puratanya sebanyak 25,000 permohonan diproses dan diluluskan setiap hari sejak rebat itu dilancarkan seminggu yang lalu.
"Kita sangat gembira menyaksikan perkembangan positif daripada para belia di negara ini yang memberi sambutan baik terhadap pakej rebat yang dilancarkan kerajaan ini.
"Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran, pihak SKMM juga telah mengemas kini laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my," katanya kepada Bernama selepas sesi wawancara program Helo Malaysia di sini, malam Rabu.
Beliau turut menegaskan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan skim berkenaan adalah berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat', iaitu tawaran tersebut akan ditutup setelah 1.5 juta belia menggunakan rebat itu.
"Justeru belia yang ingin mendapatkan rebat itu perlu berbuat demikian dengan segera," katanya.
Mohamed Sharil berkata selepas belia mendaftar untuk mendapatkan rebat, tempoh sah untuk menggunakan rebat itu hanya diberikan selama sebulan. "Bagaimanapun jika rebat itu tidak digunakan selepas tamat tempoh sebulan, belia boleh mendaftar semula untuk mendapatkan rebat itu namun ia bergantung kepada berapa ramai belia telah menggunakan rebat itu," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 mengumumkan pemberian rebat RM200 secara 'one-off' bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. -BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan