Khamis, 10 Januari 2013

100,000 rakyat Perak turun ke Stadium Merdeka

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat Perak akan mengerahkan 100,000 rakyat negeri itu untuk bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu ini.

 Setiausahanya, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, pihaknya optimis akan mencapai sasaran tersebut melihat ‘mood’ rakyat ketika ini.

“Dengan semangat yang dibina, kami yakin rakyat Perak akan turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini seterusnya mencapai matlamat penganjur untuk menghimpunkan sejuta rakyat,” katanya dipetik Harakah Daily.



Beliau berkata pada sidang media di Pejabat PAS Perak, Ipoh hari ini.

Menurut Khairuddin, pihaknya telah memulakan mobilasi dan momentum sejak sebulan lalu bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak di Seri Iskandar dan ‘road show’ yang diadakan di seluruh negeri Perak ketika ini.

Dengan kelulusan daripada pihak Stadium Merdeka dan jaminan daripada Ketua Polis Negara pula katanya, akan memberi ruang kepada rakyat untuk menyertai himpunan tersebut tanpa sebarang kegusaran.

Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussien, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam, Adun Tronoh, V Sivakumar, Adun Lubok Merbau, Zainuddin Mohd Yusof dan Ketua Mobilasi PAS Perak, Rahim Nordin.



Delegasi Perak yang dipimpin oleh Ketua Mobilasi PAS Perak, Rahim Nordin akan berkumpul di Masjid Negara bersama-sama pimpinan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.

Katanya, semua peserta daripada negeri itu perlu berdisiplin, menjaga keselamatan diri serta mengikut segala

Tiada ulasan: