Jumaat, 4 Mei 2012

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti Najib dapatkan Perimekar RM3 bilion

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan kenyataan pendakwa Perancis bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan bagi pihak Perimekar sejumlah USD 1 bilion (RM3 bilion) daripada syarikat pembuat kapal Perancis DCNI.

Dokumen tersebut ialah kiriman faks dalam Bahasa Inggeris yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.

Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.

Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, di mana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.

Manakala dokumen baru ditanda bernombor 144 yang diperolehi Suaram ialah arahan Pejabat Pendakwaraya yang diperoleh dari Thales International Asia dari satu sampul surat bertarikh 22 Ogos 2011.

Terkandung di dalamnya ialah sub-folder bernama ‘C4′, sub folder bernama ‘invois’, fail PDF dan USB humb drive.

Salah seorang Hakim Penyiasat, Roger Le Loire secara prinsipal menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu, Razak Baginda, Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok, Najib Razak dan isteri Abdul Razak, Mazlinda Makhzan.
 
Suaram adalah organisasi hak asasi manusia yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuatan kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
 
Kes itu difailkan kerana DCNS membayar ‘komisen’ lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak yang merupakan rakan karib Najib.
 
Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; anggota sekretariat, Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan tiga hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6.00 petang waktu Perancis).
 

Tiada ulasan: