Jumaat, 4 Mei 2012

Pegawai Najib bertanding PRU13?

 
Andaian itu dibuat oleh bekas pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin.




PETALING JAYA: Beberapa pegawai Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa berminat menjadi calon BN dalam pilihan raya umum ke 13.

Andaian itu dibuat oleh bekas pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Shahbudin Husin.

Dalam blognya, shahbudin.blogspot.com. pegawai Perdana Menteri yang didakwa berminat ialah Datuk Mohd Fatmi Che Salleh; Datuk Mohd Shafie Abdullah; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Jalaini Ngah; Datuk Ghazali Ibrahim; Datuk Farid Ridzuan dan Datuk Latt Shariman Abdullah.

Mohd Fatmi, Mohd Shafie, Jalaini dan Shahlan merupakan setiausaha politik Najib, Ghazali (pegawai khas), Farid (pegawai media) dan Latt Shahriman (pegawai tugas-tugas khas).

“Mohd Fatmi  berminat bertanding di kerusi parlimen Kota Baru manakala Mohd Shafie di parlimen Wangsa Maju sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ketua Umno bahagian,” kata beliau.

`Menteri Penerangan’

Manakala, Sahlan dikhabarkan sedang mengintai untuk bertanding di parlimen Pokok Sena yang dikini disandang Datuk Mahfuz Omar, seorang Naib Presiden PAS.

Jailani anak jati Terengganu kata Shahbudin melobi untuk bertanding  DUN Batu Rakit dalam parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kerusi yang akan ditanding Ghazali,  ahli Parlimen Padang Terap pada 2004.

“Farid dijangka bertanding di Perak atau negeri lain yang boleh menang dan diwar-warkan dilantik Menteri Penerangan,” kata Shahbudin.

Latt Shariman pula dijangka bertanding di Kedah. Beliau merupakan ketua Umno Kuala Kedah.

Tiada ulasan: