Ahad, 13 Mei 2012

Masalah pendatang asing Sabah; media ditutup mulut?

Roketkini.com




KUALA LUMPUR – DAP mempersoalkan tentang laporan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipersetujui Kabinet 8 Februari lalu untuk menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah tidak disiarkan dalam mana-mana media arus perdana semalam.

Menyifatkan perkara ini sebagai suasana tidak sihat terhadap kebebasan media di Malaysia, Ketua  Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, isu adalah satu persoalan yang berhak dijelaskan kepada rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, berita penting itu langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia kecuali akhbar The Sun dan laman web The Star. Yang menyiarkan penuh hanyalah beberapa portal internet seperti Malaysiakini dan FreeMalaysiaToday.

Sementara itu, Lim juga mempersoalkan tindakan oleh agensi berita Bernama yang menarik balik laporan berita berkenaan mengenai jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Katanya, Nazri telah dilaporkan sebagai berkata Kabinet bersetuju untuk menubuhkan RCI tentang pendatang asing di Sabah di mana proses menyediakan bidang kuasa suruhanjaya tersebut telah dimulakan selepas keputusan Kabinet pada 8 Februari lalu.

Menurutnya, bidang kuasa RCI itu merangkumi aspek-aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang dikatakan mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah.

“Jadi apa hak Bernama untuk “mematikan” jawapan Nazri di Parlimen itu, walau pun jika Nazri telah mengelirukan Parlimen dan tidak menyatakan apa yang benar?” tambahnya. – Roketkini.com

27 ulasan:

Green Sabah berkata...

I hope Bernama would explain why they withdraw the article regarding Nazri's statement that the federal government is finalizing the terms of reference?

Green Sabah berkata...

Hopefully the Federal Government is sincere in establishing the RCI to investigate the project IC issue within the state.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

RCI masih lagi dalam proses menetapkan terma dan rujukan, jika ia dah selesai nnti barulah ia akan diumumkan.

Ezef berkata...

Why media been treated that way?

thinaj berkata...

Hopefully the pm will announce the set up of RCI during his visit to sabah.

ryan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

I think it has been misinterpreted.

mantera berkata...

penubuhan RCI perlu disegerakan, isu PATI kena diselesaikan segera.

mike berkata...

mungkin Bernama harus memberi penjelasan..

mike berkata...

dilaporkan bahawa TOR masih belum siap dan masih dalam proses penyediaan..diharap ianya akan selesai dengan segera.

mike berkata...

masalah pendatang asing di sabah dan projek IC kian meruncing..RCI adalah penyelesaian yang tepat..dan ianya perlu ditubuhkan dengan segera untuk membuktikan keikhlasan kerajaan.

mike berkata...

media juga harus diberikan kebebasan yang lebih luas..

mike berkata...

diharap PM akan mengumumkan penubuhan RCI dalam masa terdekat sebelum PRU13..

Tanpa Nama berkata...

Selagi PM belum mengumumkan penubuhan RCI selagi itulah banyak andaian2 negatif dari pelbagai pihak.

Tanpa Nama berkata...

Media yang hanya memberi pandangan positif dan tidak menyiarkan sesuatu yang negatif pada satu pihak saja sepatutnya tidak wujud.

Unknown berkata...

I believe there must be misunderstanding in it.

Unknown berkata...

The PTI problem should be curb before it's too late.

Unknown berkata...

Thus the authorities should get their facts right 1st.

Kris Jr berkata...

Persekutuan harus serius dalam menangani masalah PATI di Sabah, penubuhan RCI harus disegerakan.

Kris Jr berkata...

Media harus lebih independence dan lebih memberi maklumat yang betul

Dbawahbayu berkata...

perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif

Dbawahbayu berkata...

jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

Dbawahbayu berkata...

sememangnya, isu PATI/PADI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah/Malaysia

Dbawahbayu berkata...

jika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

Dbawahbayu berkata...

semoga ada perkembangan positif mengenai penubuhan RCI ini

Unknown berkata...

Yang penting sekali isu ini amat dipandang serius oleh kerajaan bagi memastikan maslah pendatang tanpa izin ini dapat diselesaikan.

Mumbai berkata...

kalau mahu timbulkan persoalan, banyak yang boleh ditimbulkan.. lihat saja lawatan Najib dan TPM pun boleh dipersoalkan hanya kerana tidak mengumumkan RCI..