Ahad, 13 Mei 2012

Mana Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat UMNO BN?



ROKET KINI.COM

Bagaimana prestasi Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia setakat ini?

Adakah kita lupa bahawa sejak dari zaman Tun Mahathir, Pak Lah hinggalah Najib, mereka sendiri yang telah memperkenalkan Key Performance Index atau KPI terhadap seluruh wakil rakyat Barisan Nasional.

Katanya, akan disiarkan setiap 6 bulan sekali, namun hingga kini, satu laporan pun tidak pernah diumumkan kepada rakyat. Sedangkan, setiap bulan dan setiap tahun, kita terus membayar pelbagai jenis cukai kepada pihak kerajaan.

Namun, dalam tempoh itu, pihak kerajaan juga tidak pernah cuai nak mengutip hutangnya kepada rakyat. Beginilah bentuk kerajaan yang kononnya mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.

Malah, gaji dan elaun Pak Menteri dan semua wakil rakyat terus mereka nikmati. Tetapi rakyat masih tidak tahu, apakah hasil kerja yang dibuat oleh wakil rakyat ini. Apakah kabinet Najib sedang tidur atau sedang sibuk melobi untuk menjadi calon pilihanraya?

Inilah contoh bagaimana culasnya kerajaan UMNO BN dalam memberi janji kepada rakyat. Apabila rakyat marah, maka dikatakan rakyat nak rampas kuasa dan nak gulingkan kerajaan dengan cara keganasan.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat memberikan Buku Jingga, pandai pula mereka menuduh PR hanya tahu memberi janji, tetapi mereka lupa KPI mereka sendiri tidak pernah didedahkan kepada majikan mereka, iaitu rakyat Malaysia.

Apakah yang sedang UMNO BN sedang fikirkan agaknya ketika ini?

Adakah mereka sedang memikirkan tentang masalah rakyat atau sedang sibuk mengatur strategi untuk mengekalkan kuasa politik semata-mata?

Kita tidaklah sama sekali hairan jika mereka bertungkus lumus nak mempertahankan kuasa dan sistem yang korup itu, tetapi kita amat sedih kerana dalam usaha mempertahankan saki-baki kuasa itu, mereka tergamak bermain politik fitnah dan lucah.

Sejak era 1998 lagi, satu-persatu parti dan tokoh politik Pakatan Rakyat terus difitnah dengan cara yang sungguh jijik. UMNO BN menggunakan balaci-balaci mereka untuk menjalankan taktik kotor ini.

Kita masih ingat bagaimana Mat Sabu difitnah bersekedudukan dengan wanita, akhirnya tiada isu. Kita masih ingat bagaimana parti DAP difitnah kononya ingin menubuhkan Negara Kristian, akhirnya tidak ada satu pun pendakwaan dibuat, tetapi fitnah telah memberi kesan.

Nak mengharap perkataan ‘maaf’ daripada UMNO, jauh sekalilah.

Kita masih ingat bagaimana anak Lim Guan Eng yang masih budak mentah, telah difitnah dengan cara yang amat memualkan, akhirnya tiada juga isu atau apa-apa pertuduhan di mahkamah.

Selepas itu, UMNO menfitnah peserta perhimpunan aman Bersih 3.0 sebagai perusuh ganas, menuduh mereka yang menjayakan Bersih sebagai agen anasir luar yang nak menjatuhkan negara. Dan yang terbaru fitnah lucah terhadap Azmin Ali.

Kesemua aksi-aksi politik UMNO BN yang dipimpin oleh Najib Tun Razak ini, semakin hari semakin menggila dengan taktik kotor dan menjijikkan. Mereka tidak malu untuk menang dengan cara kotor.

Kes-kes pecah amanah, kronisme, rasuah dan salah guna kuasa barisan pemimpin politik UMNO BN, dari isu PKFZ, NFC, Rasuah Khir Toyo, skandal kapal selam, skandal pembelian peralatan ATM, seperti menurut apa yang telah dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini telah menunjukan KPI sebenar wakil rakyat UMNO dan BN.

Katanya… kerana itulah hingga kini, kita tidak mendengar apa-apa laporan mengenai Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat UMNO BN ini. Barangkali, kad KPI itu sendiri tidak pernah wujud dalam kamus politik UMNO BN.

Tiada ulasan: