Khamis, 17 Mei 2012

Bunuh: Pegawai Polis dihadap ke mahkamah

KENINGAU: Pegawai Polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita di sini pada September 2011.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Inspektor Ahmad Rizal Bin Umar, 29 yang diwakili oleh peguamnya, Ram Singh, di hadapan Majistret, Norhamizah Shaiffuddin terhadap pertuduhan tersebut.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika didapati bersalah, tertuduh akan menghadapi hukuman mati di tali gantung.

Pegawai pendakwa, iaitu Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Sabah, Jamil Aripin berkata pada Sep 29, 2011, tertuduh telah membunuh seorang wanita bernama Katrini Binti Borhan, 27 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

Rizal telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jamil meminta mahkamah untuk suatu tarikh sebutan akan datang dan mahkamah bersetuju menetapkannya pada 19 Jun, 2012, serta meminta tertuduh akan ditahan reman di penjara Kepayan sehingga tarikh sebutan kedua, di bawah Seksyen 259, Tatacara Jenayah

Sementara itu, Ram Singh bersetuju untuk kedua-dua permintaan tetapi meminta mahkamah supaya tertuduh diletakkan secara berasingan daripada penjenayah lain, kerana ada antara penjenayah dalam tahanan telah ditangkap oleh tertuduh semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai polis.

Norhamizah memberi jaminan kepada tertuduh bahawa pengasingan antara pesalah polis dan tahanan lain telah diamalkan di bawah undang-undang negara dan layanan yang serupa akan diberikan kepada Rizal.

Turut hadir pada sebutan kes itu adalah ahli keluarga kedua-dua mangsa dan tertuduh.New Sabah Times -

Tiada ulasan: