Sabtu, 19 Mei 2012

3.3 juta peluang kerja tersedia menerusi program transformasi kerajaan

SINAR HARIAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
 
MUAR- Belia negara ini diminta mengambil peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan yang tersedia menerusi program transformasi kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata banyak daripada peluang pekerjaan itu terdapat dalam 12 sektor industri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti minyak dan gas.

"Dalam tempoh lapan tahun ini, banyak peluang pekerjaan baru disediakan oleh kerajaan dan untuk itu, para belia perlu ada kemahiran yang sesuai bagi membolehkan pekerjaan itu diisi," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Pagoh, berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini.

Beliau berkata IKBN dan institut kemahiran belia yang lain mempunyai peranan penting dalam menyediakan golongan belia negara ini dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sektor pekerjaan negara.- Bernama

Tiada ulasan: