Jumaat, 4 November 2011

Seksualiti Merdeka: PERKASA berdemo di masjid

Abdul Rahim SabriSekumpulan umat Islam mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur bagi menyatakan perasaan tidak senang terhadap usaha penganjuran program kontroversi "Seksualiti Merdeka".

NONEBagaimanapun, jumlah kehadirannya tidak memberangkangkan apabila hanya kira-kira 30 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 10 minit di perkarangan Masjid Negara.

Diketuai oleh Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar, mereka menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), menggesa jabatan itu mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat program itu daripada berterusan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam mengisytiharkan pengharaman terhadap semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan antara 9 hingga 13 November ini.

Tiada ulasan: