Janji Zahid Hamidi semasa PRK Bagan Pinang ditagih
MARANG - Bekas-bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara kita menuntut hak-hak mereka sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ramai diantara mereka, menjalani kehidupan dalam keadaan yang amat menyedihkan, walaupun mereka pernah digelar sebagai perajurit yang mempertahankan kedaulatan negara.
Mereka terpaksa berpindah randah, menyewa dan menumpang kerana tidak bertanah dan berumah sendiri.
Lebih malang lagi, sekiranya perkhidmatan mereka tidak sampai 21 tahun, mereka tidak diberi apa-apa faedah oleh kerajaan, walaupun mereka pernah 'menyabung nyawa' menentang musuh-musuh negara.
Antaranya adalah Haji Tuan Mahmod b.Tuan Baharu, 73, yang telah berkhidmat dengan angkatan bersenjata sejak dari zaman British lagi.
"saya kalau kira berkhidmat 5 tahun dalam tentera British (1955 -1960), saya dipanggil balik semasa konfrontasi, lepas itu saya berkhidmatan dengan (angkatan) tentera Malaysia selama 13 tahun (1963 -1976), dua tahun saya dalam 'manpower ASU',"ujarnya ketika ditemui
Oleh itu, beliau yang mewakili Kelab Veteran Komando Terengganu menuntut Datuk Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya sebagaimana yang diucapkan oleh Menteri Pertahanan itu sewaktu pilihanraya kecil Bagan Pinang.
"Tidak ada pembelaan, sudah 54 tahun merdeka, cerita nak bela kehidupan bekas anggota tentera hanya timbul bila mesyuarat agung, dari setahun ke setahun,
"tanah tak dapat, saya minta untuk tapak rumah 40 X 40 pun takm boleh,"katanya yang menyebut kembali janji-janji kerajkaan dalam perkhidmatan bahawa, bekas-bekas tentera boleh memohon 20 ekar tanah.
Apabila ditanya, adakah diantara 11 orang anaknya kini berkhidmat sebagai anggota tentera, beliau berkata, beliau tidak membenarkan seorang pun anaknya menjadi tentera.
"buat apa saya surauh mereka jadi tentera, hidup saya sendiri tidak ada pembelaan, tinggal dirumah sewa,
"kerajaan nak beri sarahidup RM100 sebulan, itu umpama menghina anggota tyentera yang anggup menggadaikan nyawa untuk negara,"tegasnya.
Beliau membandingkan dengan sara hidup yang diberikan oleh kerajaan dibawah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebanyak RM300 sebulan dan nelkayan RM200 sebulan.
"bekas askar RM100 sebulan, bukankah itu menghina bekaas perajurit yang telah berjasa, sebenarnya kerajaan memang tidak suka kepada bekas-bekas anggota tentera,
"tengok bajet (2012) baru-baru ni mana ada (peruntukan) untuk tentera!,"jelasnya.
Beliau berkata janji kerajaan hendak berikan peruntukan 'one off' sebanyak RM3000 kepada bekas-bekas anggota keselamatan pada zaman darurat adalah 'auta' belaka.
Menurutnya, mereka yang berkhidmat pada tahun 1948 (darurat) atau pun balu-balu mereka, semuanya sudah masuk kubur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan