Ahad, 25 September 2011

Teresa Bidas Dakwaan Wee Ka Siong

Oleh Fauzan Uda Ahmad


SHAH ALAM : Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim hari ini membidas tuduhan Pengerusi Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong ekoran kenyataanya bahawa beliau mempunyai kepentingan politik dalam isu pertikaian lokasi Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) Castlefield.
Sebaliknya, Teresa berkata kehadiran beliau ke lokasi terbabit adalah atas dasar keprihatinan dan tanggungjawabnya sebagai ADUN di kawasan terbabit.
Menurut Teresa lagi, sebagai tokoh politik dan berjawatan Timbalan Menteri Pendidikan, Wee sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak lembaga pengelola sekolah terbabit, Kementerian Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah Petaling bagi mengetahui perkembangan lanjut dan bukanya mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

“Jadi sebagai pemimpin politik , bila dia baca akhbar ada perkara macam ini berlaku. Apa yang dia harus buat ialah panggil lembaga pengelola SRJKT Castlefield, panggil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, dan mungkin Pejabat Tanah Petaling. Duduk sama-sama dan berbincang bagi beliau mendapat gambaran sebenar tentang lokasi terbabit. Tapi, kedua-dua perkara itu tidak dilakukanya," kata Teresa dalam satu sidang media.
Wee yang juga Timbalan Menteri Pendidikan membidas tindakan Teresa Kok dalam siaran media di MCA online pada Rabu lalu.

Lokasi bagi tapak sekolah SRJKT Castlefield menjadi isu apabila Kementerian Pendidikan tetap mahu menjadikan lokasi yang sama sebagai tapak Sekolah Jenis kebangsan Cina Kheng Chee.
Bagaimanapun pihak lembaga pengelola SRJKT Castlefield tetap inginkan tapak yang sama kerana lokasinya diputuskan lebih awal iaitu sejak 10 tahun lalu.
Lembaga Pengelola sekolah tersebut memohon lokasi baru setelah lokasi lama yang menempatkan 100 pelajar itu tidak lagi sesuai kerana sebahagian kawasan sekolah menjadi laluan LRT.
Menurut Pengerusi lembaga Pengelola sekolah berkenaan, pihaknya menghbungi Teresa kerana kedudukan lokasi seklah itu dalam kawasan Dewan Negeri Kinrara dan kebetuan Teresa adalah exco kerajaan negeri.

Katanya, beliau menghargai cara pernglibatan Teresa dalam membantu menyelesaikan masalah terbabit secara profesional.

Tiada ulasan: