Aslani M |
KOTA BHARU: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok. Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya. Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II. Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing. Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut. Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat. Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan. Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain. Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa. “Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing. ”Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa,” ujarnya. Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat. Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok. Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan. Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula. Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini. ”Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara,” ujarnya. |
Jumaat, 16 September 2011
Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan