Ahad, 18 September 2011

Pelajar ke Mesir meninggalkan bumi Malaysia dengan rasa kecewa, terkilan



KUALA TERENGGANU - Seramai 22 orang pelajar yang melanjutkan pengajian Isam ke negara Mesir, meninggalkan bumi Malaysia dengan perasaan kecewa dan terkilan kerana permohonan mereka mendapatkan bantuan dari kerajaan Terengganu ditolak.

Mereka yang menghubungi Buletinonline sejurus sebelum berangkat pada dinihari Jumaat 16 September dari KLIA memaklumkan perkara tersebut.

Menurut wakil pelajar terbabit, Naseh Ulwan Zakaria, 20, mereka memohon bantuan dari Yayasan Terengganu (YT) dan berasa amat gembira apabila dipanggil untuk ditemuduga.

[Gambar - Naseh Ulwan, empat dari kanan (berbaju putih, jaket hitam dan kupiah) bersama sebahagian rakan-rakannya yang dinafikan hak mendapat bantuan oleh kerajaan Terengganu, bergambar sejurus sebelum meninggalkan bumi Malaysia, di KLIA]

Malangnya, kata beliau, rupa-rupanya temuduga tersebut adalah hanya untuk memberitahu mereka, bahawa mereka tidak memperolehi apa-apa bantuan kerana 'kerajaan tidak mahu mengambil 'risiko'.

"saya tanya sebab apa tahun ini tak beri (bantuan pinjaman) sedangkan tahun lepas beri, dia (Pegawai Yayasan Terengganu) berkata 'kita tak mahu ambil risiko, sebab Mesir negara (sedang) bergolak',"jelas Naseh.

Beliau dan rakan-rakannya merasakan jawapan yang diberikan pegawai YT itu tidak logik dan tidak munasabah.

Sebaliknya, menurut Naseh, jawapan sebenarnya diketahui apabila seorang kerani dibahagian hadapan pejabat YT memberitahu sebab-sebab mengapa permohonan mereka ditolak..

"dia kata, ada pelajar kita (di) sana tu (Mesir) sembilan orang yang diberi pinjaman itu ttapi sertai himpunan BERSIH di sana,

"dia yang kata itu, kerani yang duduk di (bahagian) luar (hadapan pejabat) kata, sembilan orang pelajar yang ditaja Yayasan (Terengganu) sertai (himpunan) BERSIH,"kata Naseh.

Katanya, beliau dan rakan-rakan merasa di'anaktiri'kan oleh kerajaan Terengganu yang seolah-olahnya tidak mahu rakyat Terengganu cerdik agama dan faham tentang agama.

Tiada ulasan: