Rabu, 28 September 2011

MB: 'Engineering fault' mungkin punca letupan

Jimadie Shah Othman


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau diberitahu, letupan di sebuah kompleks di Subang Jaya mungkin berpunca daripada 'engineering fault' dan tidak berkaitan dengan soal keselamatan.

NONE"Saya diberitahu, ia (akibat) engineering fault, dan bukan berkaitan keselamatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Selangor akan memantau perkembangan insiden itu yang menyebabkan empat orang cedera.

Petang ini juga, katanya, beliau sendiri akan turun padang bertemua dengan pemilik dan penyewa di Empire Gallery, Subang Jaya.

"Kami memantaunya tapi tiada 'nilai tambah' yang kami boleh tawarkan. Perkara ini diuruskan oleh bomba, pihak polis dan juga pihak berkuasa tempatan Subang Jaya," katanya. dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam sebentar tadi.

NONEKejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Mereka yang cedera itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media sama, exco perumahan negeri Iskandar Samad menafikan dakwaan bahawa tiada rumah kos rendah dibina sejak Pakatan menawan Selangor pada 2008.

Sebaliknya, tambahnya, sebanyak 12,009 unit kini dalam pembinaan dan 9,645 lagi telah mendapat kebenaran merancang untuk dibina (mesti dibina dalam dua tahun).

azlanMenurut statistik yang diedarkannya kepada media, setakat ini seramai 13,436 rakyat Selangor di kesemua sembilan daerah di negeri itu masih menunggu tawaran setelah memohonnya sebelum ini.

Sebelum ini, MCA Selangor dilapor membidas kerajaan Selangor yang didakwa gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun memerintah.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan BN telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu

Tiada ulasan: