Isnin, 12 September 2011

Mahathir canselor pertama Universiti Perdana

MALAYSIA KINI


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik secara rasmi sebagai Canselor pertama Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) yang baru dilancarkan.

Program pengajian perubatan di bawah PUGSOM akan menawarkan program pengajian perubatan kemasukan mahasiswa empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat dengan kerjasama Pusat Pengajian Perubatan Johns Hopkins University (JHU).

Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons di Ireland (PU-RCSI) pula akan menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional dengan kerjasama RCSI.

NONE"Saya dengan rendah hati dan gembira untuk menerima (tawaran itu) sebagai Canselor Universiti Perdana," kata Dr Mahathir dalam ucapan penerimaannya pada pelancaran rasmi Universiti Perdana dan pelantikan rasmi sebagai Canselor pertama, di Serdang, hari ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Universiti Perdana, Tan Sri Dr Mohan Swami.

Dr Mahathir berkata kerjasama dengan dua buah universiti tersohor itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti itu malah kepada negara.

"Malah kita perlu ingat bahawa apabila kita telah maju dalam sebarang bidang ilmu pengetahuan sudah tentu ada perkara yang boleh dipelajari daripada orang lain."

Beliau berkata satu daripada faedah dari hubungan sedemikian adalah bahawa lama kelamaan sesebuah universiti itu akan diiktiraf oleh pihak lain dan menarik pelajar asing.

azlan"Kos untuk belajar perubatan di Amerika sangat tinggi. Di sini kos itu akan banyak berkurangan dan ia bermakna bahawa anda akan sentiasa mudah dicapai oleh lebih ramai pelajar yang sebaliknya, tidak akan mampu untuk memasuki sebuah universiti Amerika," kata Dr Mahathir.

Universiti itu, yang menyasarkan untuk mengambil 10 hingga 20 peratus pelajar asing mulai tahun depan, merupakan sebuah projek perkongsian swasta dan awam yang diusahakan oleh Unit Perkongsian Swasta Awam di Jabatan Perdana Menteri dan Academic Medical Sdn Bhd (AMC).

Dua perjanjian antara AMC dan JHU dan Johns Hopkins Medicine International (JHI), dan satu lagi perjanjian yang menandakan secara rasmi kerjasama antara AMC dan RCSI, telah ditandatangani pada 2010.

Bangunan konvensyen di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (Maeps) digunakan sebagai kemudahan sementara Universiti Perdana.

Pengambilan pertama 75 pelajar bagi program PU-RCSI dan 30 pelajar bagi JHU.

Daripada sejumlah 105 pelajar perintis, hanya seorang pelajar asing dari Bahrain.

Lima puluh peratus pelajar universiti itu adalah atas tajaan Jabatan perkhidmatan Awam.
- Bernama

Tiada ulasan: