Sabtu, 10 September 2011

Keluar dari penipuan cendekiawan sempit Umno- Azmin

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengajak rakyat Malaysia keluar daripada pemikiran sempit yang dibawa cendekiawan Umno, berhubung soal sejarah.

“Cukuplah. Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN,” katanya.

Menurut Azmin, penolakan idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel dilabel sebagai komunis dan sosialis.

Sedangkan, katanya, konsep dan idea sama pernah dirai oleh sahabat nabi dan ulama Islam seperti Abu Dzar dan Abdul Rahman Auf.

“Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutama dan kebenaran dipinggirkan,” katanya pada blognya hari ini.

Abu Dzar ialah sahabat nabi yang menitikberatkan konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam dengan memberi penekanan terhadap prinsip keadilan sosial dan ekonomi.

Dianggap sebagai pemikir radikal, beliau pernah menyatakan setiap lebihan (al-afwu) dalam rumah seorang Islam, menjadi hak orang lain yang memerlukannya.

Ibnu Hazm, seorang lagi ulama besar pula menyatakan sesebuah kelompok miskin tidak bersalah apabila berperang menuntut hak jika ia dirampas.

Abdul Rahman Auf pula diketahui umum sebagai seorang sahabat nabi yang kaya tetapi banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan Islam.

“Tidakkah ini sama dalam isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu.

“Beliau mahu penilaian adil diberi kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Berbanding kebanyakan pemimpin Umno yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, Azmin berkata, Mat Indera dikenali sebagai kuat beribadah, seorang hafiz dan cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya.

Dalam konteks tanah air, British menjajah dan merompak hasil kekayaan di Tanah Melayu sedangkan masyarakat Melayu Islam ketika itu hidup melara dan miskin.

1 ulasan:

Khairi berkata...

Pimpinan PR, teruskan usaha bersama kearah Malaysia yg lebih baik, jgn hilang fokus, kita berdepan dgn UMNO/BN yg dibantu oleh Pimpinan Polis & Tentera yg sepatutnya berkecuali. Media adalah mereka punya. Lebih parah lagi SPR dgn penipuan & pengkhianatan terhadap rakyat dan kini nampaknya telah berjangkit ke JPN. Akhirnya kertas undi yg akan dikira utk menentukan menang atau kalah. Kita mesti terus perhebatkan usaha Bersih dan sudah tentu kita kena sokong & bekerja utk menjayakan Bersih 3.0 sebab apa yg boleh kita harapkan drp PM Najib? Dah bertahun mereka memerentah melalui sokongan hantu & warga asing yg diberi kerakyatan dgn penuh keraguan & jahat,usah kita semua ditipu lagi.