Jumaat, 23 September 2011

Kejutan Baru Buat UMNO Pontian

Kiriman MTDPASBENUT


PARIT BETAK- PAS Dun Benut sekali lagi membuat kejutan apabila dua buah cawangan baru iaitu Kampung Permatang Duku dan Parit Betak kini mula bertapak di kubu kuat UMNO dengan disempurnakan pelancaran plaknya oleh YB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaludin, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak dalam kenyataannya di sini menganggap bahawa kampung yang dibelai oleh Datuk Ahmad Maslan iaitu kampung Permatang Duku selama ini, menjadi petanda UMNO akan runtuh di bumi Johor.

Hal ini ujarnya, Kampung itu pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kampung Tercantik peringkat Kebangsaan 2010 berjaya ditembusi dengan penubuhan PAS cawangan.

'Dulu kuat UMNO. Sekarang dah nak runtuh. Sebab kampung pujaan (Datuk) Mat (Ahmad) Maslan yang cantik itu dah kita tembusi. Nampak saja cantik tapi tak cantik pun.' katanya lagi,

Beliau berkata demikian diawal ucapannya pada majlis Hi Tea bersama Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin, di warung Wak Seran, Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, dekat sini, baru- baru ini.

Sementara itu, Pengelola PAS Dun Benut, Ustaz Atan Gombang mengingatkan kepada Datuk Ahmad Maslan supaya tidak memperkecil-kecilkan sumbangan PAS kepada masyarakat.

Hal ini katanya, kerana PAS sebagai parti politik yang berdaftar dan dibenarkan oleh perlembagaan unruk bergerak dalam negara ini secara bebas.

'Saya berasal dari Kampung Parit Yussof, Lubok Sifat (sekampung dengan Datuk Ahmad Maslan) saya kenal dia. Jangan pertikai PAS. Ahmad Maslan, jangan naikkan sepanduk bukan-bukan. Ini bukan negara UMNO, tapi negara Malaysia.' bidasnya lagi.

Atan mengulas demikian setelah mendapati ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggantung banner provokasi bagi tujuan menggagalkan program Hi Tea bersama Ir Nizar Jamaluddin seperti yang dilaporkan Mtd Pas Benut dalam laman facebooknya sebelum ini.

Nizar sebelum ini dalam rangka lawatan sehari ke Johor berpeluang bersama masyarakat di empat tempat berasingan iaitu Program Hi tea Di Dun Benut, Program Hi Tea di Parlimen Simpang Renggam, Jamuan Hari Raya di Parlimen Gelang Patah dan Ceramah Umum di Parlimen Tanjung Piai."

Tiada ulasan: