Rabu, 14 September 2011

Kedai 1Malaysia: Utusan bidas ACCIM

MALAYSIA KINI


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memilih untuk membidas presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) Tan Sri William Cheng kerana bersuara mengkritik kedai 1Malaysia.

Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) president William ChengDalam kolum 'Cuit', pengarang kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mempersoalkan sama ada jika Cheng tidak harus dilabel sebagai "ultra Cina" kerana mendakwa kedai 1Malaysia menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.

Cheng dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan ACCIM.

Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada supaya mereka mampu bersaing.

perkasa burn the star 140811 ibrahim aliZaini kemudiannya mempersoalkan sama ada pandangan pengerusi Lion Group itu boleh disamakan dengan ketua kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berkata peniaga kecil Melayu pula bergelut kerana keuntungan diboloti oleh pemborong yang kebanyakan mereka berbangsa Cina.

“Saya enggan komen panjang, biarlah pencetus idea hebat Kedai Rakyat 1Malaysia itu, iaitu Perdana Menteri sendiri menjawabnya.

“Ini pula reaksi Ibrahim Ali, seorang ultra Melayu...?” tulis Zaini.

Menurutnya lagi, pekedai-pekedai yang cuba dilindungi oleh Cheng itu sebenarnya menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.

NONE“Saudara saya yang menjalankan kedai runcit di Labu Besar, Kulim dan Tunjang, Jitra juga pernah mengadu, harga borong yang diperolehnya berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu.

“Jadi, peruncit Melayu itu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi.

“Apakah William Cheng sedar perkara-perkara itu?” soalnya.

Hujah yang sama digunakan oleh Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas bagi kawasan Pasir Mas. Pandangan mengenai perkara berkenaan telah diterbitkan semula sepenuhnya oleh Zaini dalam kolumnya itu.

“Sebab itu gerai tepi jalan terpaksa menjual nasi campur dengan harga RM5 untuk tengah hari.

um pc food stall 080109 new stall“Nak untung RM1 pun payah. Kalau 100 bungkus dapatlah RM100 sehari. Upah pembantu RM30 paling murah sehari untuk seorang. Petrol kurang-kurang RM20. Dapatlah RM50 bersih sehari. Sebulan RM1,500. Bayar van RM700. Sewa rumah atau bayar pinjaman rumah RM500. Baki RM300. Elektrik dan air RM100. Baki RM200.

“Cukup ke tanggung anak sekolah rendah atau menengah?” soal Ibrahim.

Tiada ulasan: