Jumaat, 23 September 2011

Hudud: Soi Lek tak faham pendirian Umno, kata Muhyiddin


BANGI — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu.

“Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud),” kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Tiada ulasan: