Ahad, 4 September 2011

Desak Azizan letak jawatan; Presiden PAS cadang saman akhbar


MARANG - “Tiada desa-kan daripada saya atau mana mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) meletakkan jawa-tan. Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas,”.

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa kepimpinan PAS Pusat sedang berusaha menggantikan Azizan beriku-tan masalah kesihatan dialami sejak bulan lalu.

Laporan itu turut menyebut kepimpinan PAS Pusat bimbang keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang berikutan masalah kesihatan dialami Azizan akibat serangan jantung.

Abdul Hadi berkata, Azizan akan terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah tetapi masih perlu berehat buat masa ini disebabkan masih dalam rawatan malah pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan meminta Azizan untuk berundur.

Menurutnya, pihaknya juga bercadang untuk menyaman akhbar berkaitan kerana menyifatkan penyiaran berita tersebut sebagai fitnah terhadap pemimpin tertinggi dan parti PAS.

“Saya telah menyerahkan kepada Lujnah Guaman Pas Pusat untuk mengkaji supaya tindakan undang-undang diambil terhadap media yang menyiarkan berita fitnah berkaitan dengan saya dan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan ke rumah mangsa ribut di kawasan Pulau Kerengga, Marang, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat, Wahab Osman, Ketua Pas cawangan Pulau Kerengga, Ibrahim Long dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Abdul Aziz Ngah.

Tiada ulasan: