Jumaat, 12 Disember 2008

Tiada lagi pembangunan kawasan cerun di Wilayah Persekutuan

MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI]


PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan tidak lagi membenarkan apa-apa pembangunan di kawasan bercerun melebihi 35 darjah dan membekukan pembangunan di kawasan bercerun dari 26 darjah hingga 35 darjah.

"Kementerian Wilayah Persekutuan telah memutuskan supaya semua agesinya iaitu Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan mengambil tindakan dan langkah-langkah segera bagi memastikan risiko tragedi kejadian tanah runtuh tidak berlaku di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan," kata Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini.

Langkah-langkah itu ialah:

- Tidak membenarkan apa-apa pembangunan di Kawasan Bercerun Kelas IV (cerun melebihi 35 darjah)

- Membekukan pembangunan di Kawasan Bercerun Kelas III (di antara cerun 26 darjah hingga cerun 35 darjah sehingga satu perancangan, reka bentuk dan sistem kawalan yang sempurna dapat diwujudkan serta dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Sehubungan itu, bagi projek-projek yang sedang dalam pembinaan, pemaju/kontrator akan diarah supaya melaksanakan kerja-kerja pengukuhan struktur tanah termasuk mengadakan sistem saliran yang sempurna.

"Arahan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk, harta benda dan kawasan sekitar terjamin," katanya lagi.

Tiada ulasan: