Sabtu, 13 Disember 2008

PRK P36: AMK Gempur Macam Di Permatang Pauh

SUARA KEADILAN


ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK,Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihanrata kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan aturcara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihanraya.

” kita akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda di P36 Kuala Terengganu ini”

“AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampong di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda Pas Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat”

” Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu” Jelas Shamsul ketika di hubungi Suara Keadilan.

Menurut Shamsul, jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 Januari nanti.

Tiada ulasan: