Rabu, 3 September 2008

Tebusan Malaysia:Tiada perkembangan yang meyakinkan
Roslan SMS


Menurut posting terbaru Utusan online jam 11.34 pagi tadi:

KUALA LUMPUR 2 Sept. — Kementerian Luar menubuhkan satu unit khas bagi memantau kapal tangki Malaysia yang ditawan lanun di Teluk Aden, antara Yemen dan Somalia, selain memohon bantuan dan kerjasama daripada kedua-dua negara itu bagi memastikan anak-anak kapal, yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan Filipina, selamat.

Wisma Putra turut memohon Kementerian Luar Yemen dan Somalia untuk menggiatkan usaha bagi membebaskan dengan selamat krew kedua-dua kapal tangki MISC Bhd yang ditawan lanun pada 19 dan 29 Ogos, dan memastikan laluan selamat kapal-kapal Malaysia melayari Teluk Aden.

Inilah saya kira perkembangan terbaru yang dinyatakan kepada umum. Saya kira perkembangan ini sungguh mengecewakan. Kerajaan seakan terkapai-kapai masih diperingkat memohon bantuan, sedangkan anak-anak bangsa kita sudah berhari-hari menjadi tebusan pihak pengganas.

Saya pasti rakyat Malaysia rata-rata mahukan laporan dan perkembangan yang lebih meyakinkan. Sebagaiamana saya nyatakan dalam posting terdahulu, dalam saat genting ini kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang bertaraf Menteri untuk berada samada di Somalia atau Yemen untuk memantau keadaan. Bawa sekali segala pakar perunding yang kita ada, termasuk perisik tentera dan komando untuk menimbangkan sebarang kemungkinan.

Somalia setakat ini adalah sebuah negara tanpa kerajaan pusat, setelah berterusan dalam suasana perang saudara yang tidak berkesudahan. Tiada peraturan dan undang-undang jelas yang dipakai di bumi itu. Bayangkan nasib anak-anak bangsa kita berada pada tangan pengganas dari negara seumpama ini.

Segeralah menyusun langkah bertindak yang lebih komprehensif dan meyakinkan. Ini krisis melibatkan warganegara kita dalam negara yang “lawless” maka sewajarnya kita sahaja yang mengetuai dan menguruskan sebarang perundingan atau tindakan ketenteraan jika perlu.

Saya harap semua pihak memandang serius isu ini, semoga mesyuarat kabinet esok mengeluarkan ketetapan dan kenyataan yang lebih meyakinkan buat kita semua termasuk kaum keluarga mangsa. Sementara itu marilah kita semua berdoa semoga mereka semua tabah dan selamat insyallah.

Tiada ulasan: