Sabtu, 13 September 2008

Program selamatkan Al-Aqsa di Stadium Malawati, 15 September
Saidah Hairan


SHAH ALAM - Sempena memperingati Al-Quds, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Muslim Care dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengadakan program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada wakil Al-Quds.

Program dengan tema 'Raikan Ramadan, Eratkan Ukhuwwah-Selamatkan Al-Aqsa' diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 5 petang hingga 11 malam, Isnin, 15 September.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka berucap selepas solat isyak dan tarawih serta persembahan Muad'z.

Majlis turut diserikan dengan ceramah mengenai Palestin oleh mantan Imam Besar Masjid Al-Aqsa dan Rektor Universiti Islam Gaza, Sheikh Mahmud Siyyam dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Pihak penganjur berkata, isu Palestin membabitkan soal akidah yang selayaknya pertanggungjawabkan kepada semua umat Islam.

Ini kerana kedudukan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis adalah tanah suci ketiga dalam Islam, ia juga adalah kiblat pertama umat Islam, tanah anbiya dan pusat kecemerlangan dunia Islam sebagaimana yang dirakamkan oleh Rasulullah s.a.w., katanya.

Menurut beliau, rakyat Palestin kini berada dalam kekuasaan musuh Islam, Zionis Israel yang telah merampasnya daripada umat Islam.

Akibatnya umat Palestin telah dihalau, dizalimi, ditindas, dipenjara dan dibunuh.
Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan daripada seluruh umat Islam, katanya.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program memperingati Al-Quds itu, katanya. - lanh _

Tiada ulasan: