Ahad, 30 Mei 2021

Mahu kerajaan kurangkan rancangan TV unsur maksiat sepanjang lock down

Wartawan MalaysiaGazette
MGF01022020_Sidang-Media-Dewan-Pemuda-PAS-Malaysia_11
Ir. Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional (PN) mahu kerajaan mengurangkan rancangan televisyen yang berunsur maksiat dan menukarkannya kepada rancangan berunsur pendidikan.

Itu antara cadangan kepada kerajaan untuk dilaksanakan sepanjang total lockdown tidak lama lagi, dalam satu kenyataan hari ini.

Ia salah satu daripada lima cadangan Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Ketua Pemuda PN, Senator Khairil Nizam Khirudin juga mencadangkan supaya sim bantuan bersasar kepada B40 dan M40, subsidi upah pekerja dan suntikan tunai kepada peniaga Industri Kecil Sederhana.

“Pemuda PN juga menggesa semua pihak dapat bekerjasama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dan menyarankan tidak berbelanja boros agar upaya untuk bertahan dapat dipanjangkan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebelum itu, katanya, Pemuda PN menyambut baik pengumuman total lockdown oleh Perdana Menteri bagi fasa pertama selama dua minggu bermula lusa.- MalaysiaGazette

Lima PPV Mega akan dibuka di Selangor

Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN
KHAIRY Jamaluddin (tengah) sewaktu mengadakan lawatan rasmi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum ia dibuka esok di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa (MITEC). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA: Lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan dibuka di Selangor bermula 7 Jun ini.

Dalam sidang akhbar di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan perkara itu selepas perbincangannya bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Saya ingin umumkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah membuat keputusan untuk meningkatkan lagi kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang. Bermula 7 Jun kita akan tambah beberapa PPV berskala mega di kawasan ini.

“Saya juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada menteri besar yang mana dengan itu, di Selangor, kita akan tambah tiga PPV mega iaitu di The Mines Convention Centre, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan di Setia City Convention Centre,” katanya.

Selain itu, tambah Khairy, di Kuala Lumpur, dua lagi PPV Mega akan ditambah iaitu di KL Convention Centre dan pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kita juga akan meningkatkan kapasiti di sini (MITEC) dengan membuka lebih banyak lagi stesen suntikan dan dewan untuk digunakan sebagai PPV Mega.

“Minggu depan saya akan ke Pulau Pinang untuk membincangkan pembukaan PPV Mega di negeri itu dan selepas itu saya akan ke Johor untuk berbincang dengan kerajaan negeri Johor mengenai pembukaan PPV Mega,” katanya.

Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) turut mengadakan lawatan ke PPV MITEC, Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi esok. UTUSAN

Jasa, sumbangan Harussani tidak ternilai harga

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dalam memperjuang dan mengembangkan syiar Islam adalah tidak ternilai harganya.

Menurut Muhyiddin, pemergian Allahyarham Mufti Perak itu merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah bukan sahaja buat negeri Perak tetapi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Jelas Perdana Menteri, selain menjadi Mufti Perak, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya dan keluarga ingin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang baru sahaja meninggal dunia. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

“Sama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri untuk memperkasakan Islam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harussani, 82, yang dirawat kerana positif Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh meninggal dunia hari ini pada pukul 2.45 petang.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia. UTUSAN

Jangan pinggir ibu tunggal ketika ‘lockdown’

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
LEE LAM THYE

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan ibu tunggal ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang akan dilaksanakan 1 Jun.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi bantuan secara terus kepada golongan ibu tunggal yang terkesan sebelum ini.

Katanya, ini kerana ibu tunggal antara golongan yang paling teruk terjejas sewaktu PKP dilaksanakan selepas rata-rata daripada mereka kehilangan sumber pendapatan.

“Kebanyakan ibu tunggal bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan disebabkan PKP, malah kebanyakan ibu tunggal tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung hidup mereka dan keluarga.

“Sentiasa rajinkan diri untuk mengambil berat tentang keluarga mereka khususnya yang masih mempunyai anak kecil. Ini bagi memastikan mereka tidak terjejas tatkala PKP seluruh negara dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Lam Thye berkata, ibu tunggal mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak terutama membabitkan kewangan, tempat tinggal mahupun barangan asas.

“Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kepada 300,000 orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mereka yang layak untuk menerima bayaran secara one-off atau sekali bayaran berjumlah RM300 telah menerima bantuan sebelum Hari Raya Aidiladha tahun lepas. Bantuan ini telah diumumkan berikutan golongan ini adalah antara yang terkesan dengan PKP yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19,” jelasnya. UTUSAN

Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran

 Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson pagi tadi yang mengorbankan seorang m kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Pelandok di sini pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.51 pagi dan tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian. 

“Apabila sampai pihak bomba mendapati kebakaran sudah mencapai 80 peratus dan kami cuba memadamkan api berkenaan pada masa yang sama turut menjalankan penyelamatan mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

“Bagaimanapun, selepas masuk ke bilik kedua iaitu di ruang tengah kami menjumpai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang sudah meninggal dunia dalam timbunan pakaian di tepi sebuah katil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Tambah  beliau, pihak bomba dimaklumkan terdapat seramai enam orang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian.

” Namun hanya lima mangsa sahaja selamat dan tidak mengalami kecederaan. Kebakaran tersebut telah melibatkan 90 peratus rumah yang diperbuat daripada batu itu, “ katanya. 

Menurut Mohd. Kamal, seramai 16 orang anggota terlibat dari Balai Bomba Telok Kemang dan balai bomba bantuan dari Balai Bomba Port Dickson yang  melibatkan lapan orang anggota. 

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan pihak bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

6,999 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 6,999 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 565,533 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,477 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468), Johor (433), Kedah (422), Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212), Melaka (202), Sabah (190), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (7).

BERTA LANJUT MENYUSUL

Pendaftaran besar-besaran tanpa kebenaran Selangor punca kekeliruan AstraZeneca

Staff Writers

Ramai yang mengadu diberikan slot suntikan AstraZeneca walaupun sebelum ini tidak memohon vaksin pilihan itu dan mendaftar untuk vaksin lain di bawah PICK.

Pendaftaran secara besar-besaran kerajaan Selangor untuk vaksin pilihan AstraZeneca tanpa persetujuan orang ramai dikenal pasti sebagai punca kekeliruan temu janji vaksinasi, menurut siasatan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF).

“CITF mendapati tempahan dalam jumlah yang ramai ini dilakukan menerusi alamat IP yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pihak SELangkah turut memaklumkan bahawa mereka membuat tempahan bagi slot AstraZeneca tanpa terlebih dahulu membuat semakan sama ada individu dalam pangkalan data ImuniSEL setuju untuk menerima vaksin AstraZeneca maka menggantikan janji temu yang diberi sebelum ini, sekiranya ada.”

Kenyataan ini dikeluarkan selepas terdapat rungutan ramai yang diberikan slot vaksin AstraZeneca walaupun sebelum ini mendaftar untuk vaksin lain di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Kerajaan sebelum ini menawarkan AstraZeneca secara sukarela di bawah PICK selepas orang ramai bimbang dengan jenama itu selepas laporan tentang pembekuan darah selepas menerima vaksin itu.

Menurut CITF, pihak SELangkah, aplikasi pengesanan kontak yang digunakan kerajaan negeri Selangor memberi jaminan untuk bekerjasama.

“Bagi menyelesaikan isu berbangkit ini dan memastikan bahawa individu yang terbabit akan mendapatkan balik janji temu yang sebelumnya.

“Kesulitan yang timbul ini akan diatasi sebaik mungkin dan CITF akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memastikan lebih ramai individu menerima vaksin dan sasaran imuniti kelompok dapat dicapai,” menurut kenyataan itu lagi.

Rabu lalu, orang ramai menyatakan rasa tidak puas hati kerana gagal membuat tempahan slot untuk suntikan vaksin AstraZeneca, meskipun vaksin ditawarkan dalam jumlah yang besar.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan laman sesawang PICK mengalami masalah teknikal selepas pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka kepada orang ramai di beberapa negeri.

Slot suntikan vaksin habis ditempah kurang dua jam selepas dibuka pada tengah hari, dengan 1.2 juta berjaya menempah slot.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG  ' AR RISALAH '

Pesawat Israel tak berlegar di ruang udara Malaysia: MOT

 azrulhakimie

Malaysia luluskan penerbangan melalui ruang udara selagi tak ancam keselamatan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini mengesahkan bahawa sebuah pesawat Israel telah melintasi ruang udara Malaysia baru-baru ini namun menyatakan tiada corak penerbangan yang tidak normal atau dilihat berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

Mengikut kenyataan yang mengambil maklum keresahan orang ramai berhubung insiden sebuah pesawat berdaftar Israel yang melintasi ruang udara Malaysia baru-baru ini, MOT memaklumkan bahawa pesawat awam itu telah mengikuti laluan penerbangan komersial yang digunakan oleh mana-mana pesawat awam ketika melintasi ruang udara Malaysia menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Kenyataan itu menyebut bahawa pesawat tersebut berlepas dari Male, Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada 2.55 pagi Rabu lepas (19 Mei 2021).

“Berdasarkan peraturan-peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udaranya selagi ia tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita,” menurut kenyataan itu.

Malaysia adalah negara anggota ICAO.

Menurut MOT, kelulusan penerbangan yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) itu tidak membenarkan ia mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

“Tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat itu melalui ruang udara Malaysia dan ia juga tidak dilihat berlegar-legar di ruang udara Malaysia,” katanya.

MOT juga menyatakan bahawa pihak berkuasa penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat itu tidak kembali ke ruang udara Malaysia selepas tiba di destinasinya, Singapura. – Bernama

Vaksin: ‘Tak salah amal makanan sunnah, tapi percayalah juga ilmu sains’

Athirah Huda Zalhe

Kerajaan perlu fokus 5 negeri tercorot dalam pendaftaran vaksin di MySejahtera

BANGI – Tidak memadai jika usaha menangani peningkatan kadar jangkitan COVID-19 di negara ini, sekadar bergantung kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD) dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Justeru, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) mencadangkan supaya Program Imunisasi COVID-19 melaksanakan pemberian vaksin secara ‘massa’, kerana menyifatkan kaedah itu sangat sesuai pada keadaan pandemik ketika ini.

Presiden I-Medik, Prof Dr Azizi Ayob berkata, setakat hari ini, pendaftaran di aplikasi MySejahtera adalah 11,564,724 atau 36 peratus – penduduk Malaysia 32.75 juta – atau 45 peratus daripada sasaran iaitu 80 peratus.

Katanya, ini bermakna, hanya 1,809,412 orang yang telah menerima vaksin atau tujuh peratus daripada sasaran.

“Pihak kerajaan wajar fokus kepada lima negeri tercorot dalam pendaftaran vaksin melalui MySejahtera iaitu Sabah, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah.

“Perlu kempen berterusan. Kelima-lima negeri tersebut berkepadatan dengan penduduk majoriti Melayu dan Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Dr Azizi turut kesal dengan puluhan ribu orang yang tidak hadir janji temu vaksin, khususnya di negeri Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan yang juga bermajoriti penduduk Melayu, Islam.

“Saya menyeru semua percayalah dengan ilmu sains perubatan berkenaan vaksin dan lihat dengan mata, berfikir dengan akal yang waras.

“Ilmu sains ini datangnya dari Allah SWT. Ya, virus COVID-19 ialah makhluk Allah. Oleh itu, terciptanya vaksin juga makhluk Allah dengan ikhtiar kita semua dengan izinNya,” katanya.

Beliau tidak mempunyai masalah sekiranya ada segelintir pihak yang mahu mengamalkan makanan sunnah sebagai ikhtiar kepada wabak itu.

“Tetapi, menghalang dan tidak menyampaikan ilmu yang betul dan sebarkan kefahaman yang salah itu adalah ketidakadilan dan kezaliman kepada ilmu yang datangnya dari Allah SWT.

“End game ialah kita ingin kembali kepada fitrah kehidupan yang normal dan boleh bersosial serta berinteraksi dengan lebih baik. Nampaknya teori konspirasi dan Yahudi masih berlegar di kalangan golongan tertentu di negara kita.

“Sebaliknya, kuasa besar Israel telah capai hamir 60 peratus penduduknya menerima vaksin dan mereka di ambang ‘end game’… jangan kita orang Islam tertinggal kapal dalam urusan menjaga kesihatan dan nyawa kita,” katanya.