Jumaat, 30 Ogos 2013

Bukti Nyata Filem TANDA PUTERA Tidak bermutu, Perhabis Wang Rakyat

Klik untuk imej yang lebih jelas

KELAB GREENBOC

Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesyenal dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.

Eksploitasi isu agama keruhkan perpaduan

 
Peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. 



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir ahli politik yang mengeruhkan usaha perpaduan nasional dengan mengeksploitasi hal agama dan isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri.

Dalam perutusannya bersempena Hari Kemerdekaan esok, beliau berkata, tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya  menjernihkan keadaan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ujar beliau, “tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama.

“Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecah-belah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.

Kesannya kata beliau, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak.

“Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebagai contoh katanya, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan NGO, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan.

“Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan,” jelas beliau.

Anwar mahu dialog dengan kerajaan

 

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

NONE"Kami mencadangkan sebuah dialog terbuka, ia akan berlangsung secara telus dan kondusif," kata ketua pembangkang selepas menyampaikan perutusan hari merdeka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

"Dialog seperti ini berlaku dalam keadaan demonstrasi yang sebenar," tambahnya.

'Tiada tindakan pada pawagam yang abai nasihat'

MALAYSIA KINI


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap pihak yang mengabaikan nasihatnya berhubung tayangan filem kontroversi Tanda Putera.

lim guan eng interview 160813 03Dalam kenyataannya hari ini, beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata berikutan "ancaman" kerajaan persekutuan, pihaknya dimaklumkan semua pengusaha pawagam di negeri itu akan menayangkan filem tersebut tidak lama lagi.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak, tetapi kami berharap semua pihak, termasuk penonton dan pengusaha filem boleh melihat di sebalik pembohongan dan kebencian perkauman tertanam dalam filem itu," katanya.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dilapor berkata kementeriannya akan merujuk Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung keputusan kerajaan Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem itu.

Beliau berkata pertemuan akan diadakan antara pihak kementerian dan Pejabat Peguam Negara bagi melihat mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.

NONEKatanya lagi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuasa memberi lesen wajib tayang sesuatu filem kepada pawagam, manakala kerajaan tempatan pula berkuasa untuk membolehkan sesuatu pawagam itu boleh dibuka, dibina dan sebagainya.

Menurut Lim, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab moral menentang usaha menulis semula sejarah yang tidak konsisten dengan kejadian dan fakta sebenar termasuk filem yang didakwanya "penuh dengan pembohongan dan menyerang kumpulan minoriti".

tanda putera premiere 200813 receptionWalaupun kebebasan bersuara tidak bererti kebebasan untuk berdusta, Lim menegaskan kerajaan negeri mengambil langkah menasihatkan tentang filem itu yang menggunakan dana awam "untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum".

"Tajaan kos pengeluaran filem itu sebanyak RM4.8 juta oleh kerajaan persekutuan hanya boleh dilihat sebagai satu sokongan rasmi sepenuhnya, termasuk terhadap adegan rekaan yang diakui sendiri pengarahnya sebagai tidak benar tetapi dijelaskan sebagai "lesen kreatif".

"Lesen kreatif tidak memberi sesiapa hak untuk menyebarkan pembohongan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan konflik. Jelas BN sanggup ke tahap ini untuk memaksakan pembohongan dan menafikan kebenaran," katanya.

Hisham: Jangan ghairah kejar jawatan, ukur kemampuan


 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.

Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.

"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat.

"Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.

"Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya di majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini.

Mohd Ali sebelum ini dilapor mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya.

Susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.

"Saya rasa pucuk pimpinan, daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita.

"Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," tambahnya.

PKR dakwa komplot bawa masuk warga Bangladesh


 
PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

NONEWakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka.

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Wisma Putra dan syarikat terbabit berhubung dakwaan itu.

Merdeka Bukan Slogan

Oleh Aishah

malaysian flag

TAHUN ini kebetulan kita menyambut hari raya pada bulan kemerdekaan. Setidaknya, Ramadhan lalu mengajar kita mengenai cara menghargai kesenangan diri dan paling penting tidak melupakan kesusahan orang lain dalam menjalani hidup.

Setelah itu, kesedaran disimpan baik dan bakal diambil semula pada Ramadhan akan datang. Mengapakah demikian? Ini terjadi disebabkan ramai menyambut kedatangan Syawal melebihi kemampuan diri sekali gus melupakan kesedaran yang mungkin tercapai dalam bulan Ramadhan itu iaitu kesederhanaan, keharmonian dan keseimbangan.

Begitupun, kemerdekaan kali ini berdekatan dengan Aidilfitri, ia mengingatkan kita sekali lagi akan satu hal iaitu kebebasan. Tema kebebasan ini juga ada pada bulan Ramadhan, seperti mana kita diajar untuk membebaskan diri daripada perasaan marah, nafsu serakah, dan sikap kita seperti lazimnya hari-hari biasa.

Jika pada hari biasa kebanyakan kita mengumpat dan mengeji jiran di belakang rumah (kecuali pada Jumaat kerana dinasihatkan tidak boleh menipu pada Jumaat), pada bulan Ramadhan mereka ini tadi akan berlumba merebut fadilat solat sunat Terawih.

Di samping tidak melupakan telekung yang dihias labuci yang akan dipakai di masjid nanti. Syawal kemudiannya disambut dengan menziarahi mereka yang sudah tiada dan setibanya di rumah, bersusunlah anak-anak untuk mendapatkan duit berwarna hijau, merah, biru atau ungu.

Ada satu hal yang kebanyakan kita terlepas pandang – bila bergema takbir raya – kebebasan daripada mentaliti kelas ketiga. Apa yang diertikan dengan mentaliti kelas ketiga? Mudahnya, sikap orang tidak bertamadun (barbaric) atau sikap orang tidak sekolah (baca: sekolah dalam erti simbol pengetahuan bukan institusi).

Misalnya, di ceruk kampung terdapat sekumpulan budak yang sudah bersedia dengan baju dan sepatu baru untuk berjalan mengutip duit raya dari rumah ke rumah. Kegembiraan ini turut dirasai tuan rumah yang memberi duit dalam sampul dengan logo bank atau gambar ketupat.

sampul duit raya 1 

Pemberian seperti ini biasanya disertakan sekali menjamu tetamu dengan makan dan minum. Atas ini semua, ia mengajar kita saling berbagi samada dalam bentuk material (duit, makanan) atau bukan-material (kasih sayang).

Amat malang, jika amalan seperti ini tidak dihayati, sebaliknya budak terpaksa menahan telinga daripada kata-kata “mereka datang nak duit je tu”, “nak masuk rumah ke nak duit?” – akhirnya budak-budak ini dibiarkan berpanas tanpa dipelawa seteguk air dan dilayan seperti pengemis meminta sedekah yang diberi duit dari luar pagar.

Ini antara contoh mentaliti kelas ketiga yang ketara didapati di bandar besar, dengan rumah dan kereta besar. Sungguhpun, Malaysia dikenal sebagai antara negara dengan menara tertinggi, litar lumba terbaik, bunga terbesar, kawasan arkeologi tertua, tetapi tidak lama untuk kita mengenal Malaysia juga punya masyarakat dengan pekerti terburuk.

Hanya menjadi makhluk yang cukup makan dan pakai untuk melepaskan dirinya sahaja, paling buruk menjadi objek modenisasi. Tidak cukup dengan itu, mentaliti ini juga menghinggapi mereka yang diberi didikan sehingga ke menara gading, sama ada sistem pendidikan kita berasaskan keuntungan bukan kemanusiaan, itu adalah satu perbincangan lain.

Raya adalah kesempatan untuk mendekatkan hubungan yang jauh daripada kesibukan kota, bukan dijadikan sebagai hari syaitan gemuk seperti dalam majalah Asuh yang menjadi tumpuan zaman kanak-kanak.

Oleh itu, Malaysia tidak hanya dikenal dengan konvoi Sultan Johor, tetapi juga konvoi beraya beramai-ramai daripada setiap hierarki sosial. Jika pada bulan Ramadhan, adanya solat sunat berjemaah setiap malam, Syawal dengan semangat yang sama (habluminannas) dimeriahkan dengan konvoi ke rumah rakan terdekat.

Tetapi ini juga dicemari mereka dengan mentaliti kelas ketiga, tidak sedikit daripada kalangan kita yang memanfaatkan ruang ini untuk mencari perbezaan, membesarkan diri atau memalukan diri sendiri dengan kebodohan.

Ternyata, kerendahan hati yang pada asalnya diraih pada bulan puasa kian menipis dengan gelagat moden masyarakat sekarang.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, penjajah pernah mengatakan Melayu itu malas sehingga diwajarkan beban orang putih – sama seperti stigma yang cuba diletakkan Mahathir ketika kekuasaannya.

kampung 

Malangnya, manusia moden yang dicipta skema penjajahan terdahulu dilihat tidak lari jauh daripada robot, hanya tahu makan dan kerja, instagram dan check-in. Inilah belenggu “watak tertawan” (captive mind) yang masih mengikat setelah 56 tahun merdeka. 

Jika pada satu waktu, petani, penoreh getah, nelayan di desa dihina kerana menghabiskan baki waktunya di warung (setelah bangun awal pagi membanting tulang empat kerat), ini nyata lebih baik daripada manusia moden sekarang yang hanya bercakap pada gajet canggih, ketawa pada kotak besar di rumah atau pejabat, dan tidur dengan harapan “esok dapat gaji”.

Anehnya manusia moden ini, mereka gemar memuat gambar makanan dalam instagram berbanding berkongsi juadah dengan jiran sebelah rumah. Memuat naik gambar angpau di facebook daripada memberi kepada anak yatim yang tiada ibu ayah untuk diberikan duit raya.

Adalah satu tragedi, apabila kemerdekaan kali ini juga disambut seperti hari merdeka yang sudah iaitu tidak berupaya membebaskan diri sendiri. Kemerdekaan seharusnya bukan slogan tahunan tetapi makna yang harus direbut dalam perlakuan kita sehari-hari.

Kemerdekaan juga bukan pelekat Gila-Gila yang dilekat pada buku, atau pencil box daripada sarung video tape. Kemerdekaan bukan lagu Sudirman. Kemerdekaan bukan pada bendera yang dikibar di kereta proton atau rumah kos rendah. Kemerdekaan tercapai apabila tiada lagi manusia yang hidup dan kehidupannya dijajah. – Roketkini.com

Isu SK Seri Pristana: Apakah Muhyiddin Yassin masih layak menjadi Menteri Pendidikan?

123 

IPOH,: Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran mengkritik sikap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendiamkan diri dan seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana baru-baru ini.

“Saya ingin bertanya kepadanya sama ada dia tidak mempunyai kuasa atau kejam atau kedua-duanya sekali dalam isu-isu yang berlaku di SK Seri Pristana?

“Dia boleh memilih untuk berdiam diri, tetapi dia perlu menjawapnya apabila Parlimen bersidang kelak.

“Saya juga ingin bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai hak untuk melantik menteri-menteri, jika seseorang menteri itu mengabaikan perbuatan buli dan ugutan di sekolah-sekolah, apakah beliau masih layak menjadi Menteri Pendidikan?,” tegasnya dalam kenyataan, semalam.

Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata demikian merujuk kepada tiga isu berkenaan SK Seri Pristana tempohari.

SK Seri Pristana, Sungai Buloh baru-baru ini digemparkan dengan insiden pelajar bukan Islam telah ditempatkan oleh pihak pengurusan untuk makan di bilik persalinan pada bulan Ramadan.

Pemberi maklumat, Guneswari Kelly yang mendedahkan gambar kejadian itu telah menerima ugutan culik dan membuat laporan polis namun tidak ada sebarang tindakan diambil. Anak beliau kemudiannya menjadi mangsa buli rakan-rakan dan guru-guru sekolah.

Murid Sekolah 1

Pengetua SK Seri Pristana, Mohd Nasir Mohd Noor selepas itu membuat laporan polis terhadap beberapa penjaga, beliau mendakwa tindakan itu sengaja dilakukan untuk mencetuskan ketegangan.

“Pihak polis telah menahan penjaga kepada pelajar SK Seri Pristana kerana didakwa telah memberi ancaman kepada pengetua sekolah dan dilaporkan akan disabitkan dengan kesalahan hasutan jenayah.

“Penangkapan itu telah menimbulkan kemarahan ramai yang ingin tahu bilakah ketidakadilan dan kezaliman sedemikian akan berakhir.

“Rakyat juga marah kerana tidak ada sebarang tindakan diambil sama ada oleh Kementerian Pelajaran atau polis,” katanya.

Kulasegaran menegaskan, kelambatan kementerian dan pihak polis akhirnya membuatkan masalah tersebut bertambah rumit sehingga menjejaskan pendidikan mangsa.

“Anak perempuan Guneswari telah menjadi tertekan dan malu dengan insiden itu, dia bukan saja menjadi mangsa buli rakan-rakan, malah dipulaukan. Akibatnya, Guneswari memutuskan memindahkan anaknya ke sekolah lain untuk mengakhiri kekejaman psikologi yang dihadapi.

“Malangnya, tiada tindakan diambil terhadap pengetua atau guru-guru dan menteri pendidikan terus mendiamkan diri, Kementerian Pendidikan pula seolah-olah menganggapnya sebagai isu remeh. Kejadian buli dan ugutan seperti ini tidak boleh diterima.

“Polis juga langsung tidak memberikan sebarang penjelasan,” kesalnya. -Roketkini.com

Hormati patriotisme 51 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat

Roketkini.com
baerita lks
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kelesuan rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini, bukan disebabkan hilangnya semangat patriotisme tetapi wujudnya sesuatu yang tidak kena dalam kepemimpinan negara.

Katanya, beliau juga curiga dengan ‘patriotisme’ pemimpin yang bersedia memperkayakan diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.

“Kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’ selalunya adalah penipu sebenar dalam negara. Ada benarnya ungkapan Dr Samuel Johnson bahawa ‘Patriotisme adalah jalan akhir bagi penyangat’,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kerajaan seharusnya berpijak di bumi nyata dan kembali kepada realiti sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 ini.

“Selepas lebih 100 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dipandang serong dan menjadi sasaran fitnah.
“Selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri juga gagal membuktikan beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, belum terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51 peratus rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan 47 peratus mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 baru-baru in,” ujarnya.

Menurut Kit Siang, patriotisme bukan semangat yang boleh dipaksa-paksa tapi ia lahir dalam diri setiap rakyat.

Beliau bersetuju dengan Kee Thuan Chye yang menulis artikel terbarunya mengenai patriotisme dan kemerdekaan yang menyatakan ‘patriotisme’ adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa kecintaan terhadap negara, ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’

“Saya berkesempatan menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri,” ujarnya.

“Saya rasa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam menyambut Hari Kebangsaan, Sabtu ini.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memperkenalkan undang-undang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Merdeka ini, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur dan mengakui kecewa kerana pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh mengibarkan bendera kebangsaan.

“Mengapa perkara ini boleh terjadi? sedangkan pada perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum ini dan selepas PRU-13, rakyat tanpa mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina berdiri bangga menyanyikan lagu kebangsaan, ini menunjukkan semangat patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara. Ini membuktikan semangat mereka belum lesap,” katanya. -Roketkini.com

Zoo Negara disiasat SPRM ?

ANTARA POS.COM

Post Pic
SHAH ALAM: Pihak Zoo Negara dan pengarahnya dikatakan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes rasuah dalam pemberian tender dan juga kontrak.

Menurut portal theantdaily, tiga orang pegawai kanan Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) dikatakan terlibat dalam kes terbabit dan satu laporan telah diserahkan kepada pihak SPRM untuk tujuan siasatan.

MZS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pengurusan dan hal ehwal berkenaan zoo.

"Pegawai-pegawai kanan ini memberikan kontrak untuk kroni mereka sebagai rasuah," kata sumber yang mendedahkan skandal ini.

Kenderaan milik zoo tersebut juga telah dirampas setelah siasatan mendapati kenderaan itu digunakan untuk kegunaan peribadi bagi perjalanan jarak jauh ke Thailand.

Menurut sumber, proses pemilihan ahli-ahli majlis MZS, ahli-ahli biasa dan ahli seumur hidup juga sedang diteliti dan disiasat.

"Ini adalah kerana terdapat dakwaan undi penipuan dalam proses pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan, pihak zoo terbabit turut diminta untuk memberikan penjelasan berkenaan geran kerajaan yang diberi kepada zoo terbabit bersama rekod perbelanjaan dan aliran keluar masuk wang yang diperuntukkan.

Seorang kontraktor turut disiasat apabila mendapati sebut harga melalui kontrak yang diberikan jauh lebih tinggi dan juga dipercayai keuntungan itu telah dikongsi sesama mereka yang terlibat.

Menurut sumber, skandal ini melibatkan aliran wang mencecah jutaan ringgit.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan namun enggan mengulas lanjut.