Kuil di Ampang diroboh, MIC bidas MPAJ
BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIC hari ini membidas tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang meroboh sebuah kuil Hindu di Ampang awal bulan ini.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Majlis Kerajaan Tempatan perlu memberi notis dan tanah yang mencukupi untuk sesebuah kuil dipindahkan sebelum mengambil keputusan merobohkannya.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini tentang perobohan Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Tasik, Jalan Baru, Ampang, pada 9 September lepas.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin apabila dihubungi berkata, kuil berkenaan tidak sepatutnya diroboh dan terdapat prosedur tertentu yang perlu dipatuhi sebelum kerja meroboh dilakukan.
Katanya, MPAJ meroboh kuil tersebut tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan MPAJ berkenaan isu tersebut dan tindakan lanjut akan dibuat selepas siasatan menyeluruh diadakan.
"Kita telah berjumpa pihak pengurusan kuil berkenaan dan penduduk Hindu setempat dan telah menerangkan keadaan sebenar kepada mereka.
"Mereka faham dan bersetuju untuk bersabar sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya.
Jumaat, 26 September 2008
Jalur lebar WiMAX di Pulau Pinang
MY METRO
PULAU PINANG: Pelayaran Internet tanpa wayar melalui WiMAX (Gelombang Mikro yang boleh Saling Kendali ke Seluruh Dunia) akan menjadi satu kenyataan di negeri ini seawal Disember tahun ini.
Kerajaan negeri ini hari ini menandatangani satu perkongsian usahasama dengan Packet One (Malaysia) Sdn Bhd (P1) untuk membolehkan syarikat itu membekalkan infrastruktur bagi WiMAX di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perkhidmatan tanpa wayar canggih itu akan menjadikan Pulau Pinang bandaraya pertama di dunia melalui pengalaman jalur lebar semasa bergerak.
Katanya, WiMAX, satu teknologi telekomunikasi yang bermatlamat menyediakan data secara tanpa wayar pada jarak yang jauh dalam pelbagai cara dan dari hujung ke hujung pada akses sepenuhnya, akan menjadikan Pulau Pinang selangkah lagi lebih dekat sebagai negeri maju sepenuhnya.

Zul Hassan disaran bertaubat
MY METRO
IPOH: Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah selepas mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disarankan supaya bertaubat.
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau juga meminta ulama khususnya daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.
“Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan,” katanya.
Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terbabit dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.
Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang dilakukan.

Kurikulum prasekolah, sekolah rendah dikaji semula
Oleh Hayati Ibrahim
PUTRAJAYA: Kurikulum pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah akan dikaji semula bagi memastikan imbangan antara kurikulum yang holistik supaya tidak terlalu akademik dan membebankan.
Projek perintis kurikulum yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai bulan ini adalah antara kejayaan yang dilaporkan dalam kad laporan ketiga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang diumumkan semalam.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kurikulum baru itu akan dicadangkan untuk menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang sedang digunapakai ketika ini.
"Antara implikasi kurikulum baru itu termasuk perubahan jadual waktu dan khusus pengajian sekolah, latihan guru yang lebih bersifat 'multispecialist' dan penggantian sukatan pelajaran serta dokumen standard kurikulum.
"Selaras dengan perubahan itu, kementerian sudah membangunkan sistem penaksiran pendidikan kebangsaan (SPPK) bagi menilai aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi secara bersepadu," katanya pada sidang media selepas membentangkan laporan ketiga PIPP mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya, di sini, hari ini.

Melamin: 86 lagi produk disita
Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA 25 Sept. - Sebanyak 86 lagi produk makanan di seluruh negara disita hari ini kerana disyaki tercemar dengan melamine setelah 53 produk disita semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Bagaimanapun, kata beliau, tujuh daripada 53 produk yang disita semalam didapati mematuhi standard bagi kandungan melamin yang dibenarkan.
Menurutnya, kesemua 86 produk terbabit telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan sama ada ia mematuhi standard yang ditetapkan.
Pada masa sama, kata beliau, kementerian turut mendapati 574 produk daripada 25 syarikat tidak terlibat dalam isu melamin dari China.
''Tujuh produk yang didapati mematuhi standard bagi kandungan melamin dibenarkan ialah Chocolate Coated Wafer (Passion), Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft) dan Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (Wall's).
''Produk-produk lain pula adalah Moo Soft Cookie Sandwich (Wall's), Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady), Susu Berperisa Strawberry (Dutch Lady) dan Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Kesihatan menyita 53 barangan makanan berasaskan susu yang diimport dari China kerana disyaki tercemar dengan melamin melalui pemeriksaan bersepadu di seluruh negara.
Produk yang membabitkan coklat, biskut, gula-gula dan yogurt dari China itu dikenakan pemeriksaan tahap lima.
Suruhanjaya Eropah (EC) menetapkan tahap migrasi melamin yang selamat daripada bekas atau pembungkus makanan ialah 30 miligram (mg) bagi setiap sekilogram.
Sehubungan itu, Dr. Mohd. Ismail memberitahu, orang ramai perlu berhati-hati dengan pembelian atau penerimaan hamper atau hadiah sebarang produk makanan dari China secara percuma.
''Orang ramai dinasihatkan supaya membaca label pada produk makanan tersebut dan jika ragu-ragu boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833655/ 88833503/ 88833652/ 88833500.
''Selain itu, orang ramai boleh juga mendapatkan maklumat terkini atau mengaju soalan melalui laman web kami iaitu http://fsg.moh.gov.my," katanya.
Sementara itu, mengenai demam denggi, Dr. Mohd. Ismail berkata, dalam tempoh hingga 20 September lalu, sejumlah 31,536 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,745 kes tempoh yang sama pada tahun lalu.
Beliau berkata, lima negeri iaitu Selangor, Johor, Perak, Terengganu dan Sarawak telah menyumbang 69 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.
''Bagi penyakit Chikungunya sehingga 20 September, sejumlah 2,230 kes dilaporkan dan tiada kematian. Johor merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes yang tertinggi," katanya.

Khamis, 25 September 2008
"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR - Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.
Dianggap sebagai "hadiah" kerajaan Abdullah kepada rakyat oleh Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.
"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.
"Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?
"Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada rakyat," kata Mahfuz dengan sinis.
Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi, menyifatkan kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.
"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.
Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.
Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.
"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.
Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.
Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.
Inflasi kekal tinggi
Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.
"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.
"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.
Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.
Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus._

Perlantikan penasihat bukti kelemahan kerajaan
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR - Perlantikan tokoh-tokoh yang dipersoalkan kredibiliti mereka mengukuhkan bukti bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah kerajaan yang lemah dan suka membazir, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian mengulas perlantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan perlantikan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai penasihat kementerian tersebut.
"Rakyat yang tidak berpuas hati telah pun membangkitkan pelbagai kisah ketika Shahidan menerajui pentadbiran Perlis.
"Antaranya, Majlis Perbandaran Kangar pernah disita manakala bekalan elektrik di jalan-jalan di Kangar pula pernah dipotong kerana kegagalan membayar bil," katanya.
Persoalan juga timbul, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa yang dilakukan oleh kumpulan pelaksana projek NCER sehingga memerlukan Shahidan dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai projek itu.
"Adakah pegawai-pegawai pelaksana itu tidak tahu bagaimana hendak menasihat, atau tidak ada benda yang hendak dinasihatkan kerana tidak ada apa-apa pun yang dibuat atau memang mereka tak tahu apa-apa?" soal beliau.
Begitu juga dengan perlantikan Zainal Abidin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya 8 Mac lalu.
Tidak tahu buat kerja
"Adakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang tidak tentu arah dan hari-hari menguap di dalam pejabat kerana tidak tahu buat kerja?
"Kalau benar demikian, mengapa dilantik orang yang junior dan tidak berpengalaman seperti Zainal Abidin yang berada di kementerian berkenaan tidak sampai satu penggal setelah dinaikkan pangkat dari kedudukannya sebelum itu sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar?" Mahfuz mempersoalkan.
Sambil menyifatkan perlantikan-perlantikan itu membuktikan betapa tidak cerdiknya kepimpinan negara hari ini, beliau mengingatkan rakyat tentang bahaya kerajaan yang lemah dan suka membazir.
"Kerajaan yang lemah dan suka membazir melemahkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabngsa kepada negara ini yang akhirnya akan mengakibatkan bencana ekonomi," katanya.
Beliau menyatakan kebimbangannya terhadap masa hadapan negara ini kerana kelemahan pentadbiran yang ada sekarang ternyata bermula dari atas.
"Kalau kepimpinan atasan tidak lemah, ia boleh memperbaiki kelemahan di bawah.
"Masalahnya, krisis yang dialami sekarang berpunca dari kelemahan di atas - dari Perdana Menteri, timbalannya, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri sehinggalah penasihat-penasihat yang dilantik tidak tentu fasal.
"Malah, penasihat-penasihat itulah yang paling lemah," kata Mahfuz.
Ganjaran kerja politik
Menurut beliau, rakyat kini mula mendakwa bahawa penasihat-penasihat itu termasuk yang bertaraf menteri itu dilantik memegang pelbagai jawatan bukan untuk melaksanakan tugas berkenaan, tetapi sebenarnya untuk menjalankan kerja-kerja politik bagi kepentingan Perdana Menteri.
"Pengurniaan jawatan-jawatan tersebut hanyalah untuk membolehkan mereka menikmati ganjaran lumayan setiap bulan sebagai membalas jasa mereka menjalankan kerja-kerja politik untuk kepentingan Perdana Menteri.
"Jika mereka yang dilantik itu tidak boleh digunakan bagi menjalankan kerja-kerja politik Perdana Menteri, sekurang-kurangnya perlantikan itu akan mengikat mereka untuk menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan Abdullah di samping memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan Umno Disember ini," katanya. _

MAIS peruntukkan RM12 juta biayai dialisis
SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan sejumlah RM12 juta pada 2007 bagi membiayai kos rawatan dialisis yang melibatkan pengagihan kepada 710 pesakit.
MAIS dalam kenyataannya berkata, selain mempunyai pusat dialisis sendiri, MAIS juga melantik pusat-pusat dialisis terpilih untuk menyediakan rawatan cucian buah pinggang kepada pesakit.
"MAIS juga sentiasa mengalu-alukan permohonan mereka yang menghidap sakit kronik dan sebarang permohonan bolehlah dibuat di mana-mana 22 kaunter LZS bagi mendapatkan borang permohonan untuk dilengkapkan dan diserahkan semula ke kaunter LZS untuk tindakan lanjut," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, MAIS telah mengagihkan 135 hamper dan wang tunai kepada pesakit dialisis yang mendapatkan rawatan di Pusat Dialisis MAIS Shah ALam, Jalan Kapar dan Sungai Besar.
Sebagai simbolik, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyampaikan sumbangan hamper kepada 55 pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Dialisis MAIS Shah Alam, semalam.
MAIS berkata, selain menanggung kos rawatan dialisis mereka, penyampaian hamper sempena sambutan Aidilfitri ini dilihat sebagai satu lagi aktiviti yang menunjukkan keprihatinan dan tanda sokongan MAIS dalam membela nasib golongan ini.

Peruntukan tambahan untuk mangsa bencana alam
SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan menyediakan peruntukkan tambahan dalam usaha membantu mangsa bencana alam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata peruntukkan tambahan sebanyak RM2 juta itu akan digunakan sekiranya dana yang diperuntukkan di setiap daerah tidak mencukupi.
“Kita akan gunakan peruntukan tersebut berasaskan keadaan dan jika mana-mana dana yang disediakan di setiap daerah tidak mencukupi.
“Kita berharap peruntukan tersebut dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa berkenaan,” katanya.
Beliau berkata berkenaan pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco, di sini, semalam.
Menurut Rodziah, hampir 2,300 rumah terlibat dalam bencana ribut yang berlaku sepanjang bulan ini.
“Kita semua tahu sepanjang bulan Ramadan ini berlaku bencana ribut di beberapa daerah di Selangor dan kerajaan negeri sedikit sebanyak membantu dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa berkenaan,” katanya.
Dua kejadian ribut dilaporkan iaitu di Kapar, Klang dan Tanjung Karang yang menyebabkan mangsa hilang tempat perlindungan serta terpaksa menanggung kerugian yang besar.
Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, pihaknya telah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Pegawai Daerah mengenai operasi berkaitan bencana alam.
“Kita telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika bencana tersebut akan berlaku lagi di negeri ini kerana menurut laporan daripada Jabatan Meteordologi, bencana ini dijangka akan berterusan sehingga hujung bulan ini.
“Malah, semua pejabat pegawai daerah diarahkan bersiap sedia menghadapi bencana tersebut,” katanya.
Tambah Rodziah, kerajan negeri telah membaiki hampir kesemua rumah yang terlibat dalam bencana tersebut.
“Kita juga memperuntukkan sejumlah RM25,000 untuk membaiki rumah yang rosak teruk akibat bencana berkenaan.
“Walaupun kita tidak mampu membaiki keseluruhannya, kita cuba sedaya upaya memberi bantuan seadanya supaya masalah ini dapat diatasi serta meringankan beban mereka,” katanya.
Rodziah pada sidang media yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco, semalam.

20 jalan di Kelantan risiko kemalangan
BERNAMA
KUALA KRAI: Polis Kelantan mengenal pasti 20 jalan di 10 daerah di negeri itu yang berisiko berlaku kemalangan.
Ini berdasarkan kepada pemerhatian daripada statistik kemalangan khususnya pada musim kerayaan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi kepada Bernama.Daerah dan jalan yang berkenaan ialah:
+ Kota Baharu Jalan Kuala Krai-Peringat-Melor, Jalan Pengkalan Chepa, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai dan Kilometer 1-Nilam Puri.
+ Pasir Mas Jalan antara bulatan Lemal ke Rantau Panjang dan Jalan Pasir Mas-Tanah Merah.
+ Tumpat Jalan Kota Baharu-Pengkalan Kubor dan Jalan Kota Baharu-Tumpat.
+ Tanah Merah Kilometer 47 hingga kilometer 76 Jalan Machang-Jeli.
+ Jeli Jalan Jeli ke Kuala Balah dan Lebuh Raya Timur Barat.
+ Machang Kilometer 26.6 hingga kilometer 45 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai dan Kilometer 45 hingga Kilometer 53 Jalan Machang-Telekong.
+ Pasir Puteh Kilometer 28 hingga Kilometer 51 Jalan Kota Baharu-Jerteh.
+ Bachok Jalan BachokBeris Kubor, Jalan Bachok-Jelawat dan Jalan Tawang-Kedai Lalat.
+ Kuala Krai Kilometer 58 hingga Kilometer 107 Jalan Kota Baharu-Gua Musang.
+ Gua Musang Kilometer 1.74 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Kilometer Satu hingga Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
Menurut Abdul Rahim, walaupun banyak jalan tidak disenaraikan, itu tidak bermakna pengguna boleh memandu dengan cuai dan melanggar peraturan lalu lintas.
"Memanglah keadaan jalan yang berliku, berselekoh dan berbukit mungkin antara faktor berlakunya kemalangan, namun pada dasarnya jika pengguna jalan raya itu berhatihati, kemalangan dapat dielak," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)