Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
BAITULMUQADDIS – Eksport ketenteraan Israel mencecah AS$8.3 bilion (RM34.2 bilion) tahun lalu yang didorong oleh peningkatan 15 peratus tempahan berbanding tahun sebelumnya, kata kerajaan Rejim Zionis
Di sebalik kebimbangkan pandemik koronavirus akan menjejaskan jualan pada 2020, Israel menyatakan bahawa penemuan pasaran baharu membolehkan jualan melonjak AS$1 bilion (RM4.1 bilion) berbanding 2019.
Angka itu kedua tertinggi di belakang tahun 2017 apabila jualan senjata Israel mencecah AS$9.2 bilion (RM37.9 bilion).
“Pada tahun lalu, kami berusaha untuk meningkatkan perjanjian pembelian dan kerjasama dengan rakan kami di seluruh dunia dan kami akan terus berbuat demikian,” Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan daripada pejabatnya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Israel mengeskport sebahagian besar barangan ketenteraan dan senjata ke negara-negara Asia dan Rantau Pasifik, kata kenyataan tersebut.
Israel juga merupakan pembekal senjata utama kepada Azerbaijan. Tahun lalu, Rejim Zionis dikecam Armenia kerana menjual senjata kepada Azerbaijan yang terbabit dalam konflik merebut wilayah Nagorno-Karabakh. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan