Oleh KOSMO!
PETALING JAYA – Laman media sosial hari ini kecoh selepas sebuah video lucah yang didakwa milik seorang penyanyi dan juga pelakon tular dalam Twitter.
Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, seorang lelaki yang didakwa mirip dengan selebriti berkenaan dilihat dalam keadaan tidak berpakaian dan menunjukkan bahagian alat sulitnya di hadapan kamera.
Hasil pemerhatian Kosmo! Online, video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan telah diulang siar sebanyak 250 kali oleh netizen.
Dalam ruangan komen, terdapat netizen berpendapat rakaman tersebut merupakan video lama milik selebriti lelaki itu.
Untuk rekod, video tayang kemaluan didakwa milik beberapa selebriti lelaki tanah air juga pernah tersebar dalam media sosial sebelum ini.
Antara yang pernah menjadi mangsa ialah aktor, Zul Ariffin dan penyanyi, Aiman Tino. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan