Isnin, 28 Jun 2021

Kerajaan jamin kawal kenaikan harga minyak masak

Perdana Menteri berkata, ia adalah langkah kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga minyak masak botol satu hingga lima kilogram (kg).

"Kerajaan komited untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup.

"Kita akan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu walaupun harga komoditi di peringkat global meningkat.

"Melalui program ini, sebagai contoh, harga minyak masak botol lima kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam memastikan bekalan minyak masak pek polibeg satu kilogram (kg) terjamin.

Melalui peruntukan itu, beliau berkata rakyat dapat membeli minyak masak pek polibeg satu kg pada harga bersubsidi RM2.50.

Dalam pengumuman sama, Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Ia dijangka membabitkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini," katanya.

Tiada ulasan: