Isnin, 28 Jun 2021

Moratorium automatik 6 bulan tak kira B40, M40, T20

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Moratorium automatik selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu dan usahawan mikro untuk pinjaman bank, tanpa mengira kelas masyarakat.

Permohonan boleh dibuat bermula 7 Julai nanti.

Tiada lagi syarat pengurangan pendapatan, semakan kehilangan pekerjaan atau dokumentasi perlu dikemukakan, sebaliknya, pemohon hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman berkaitan.

“Sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa semasa mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) berjumlah RM150 bilion.

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, kemudahan moratorium adalah tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Tiada ulasan: