Rabu, 30 Jun 2021

Ebit Lew sebak lawat lokasi dibom

 Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

Ebit Lew berjalan di atas sisa runtuhan bangunan yang dibom di Gaza, Palestin.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa sebak dan sayu ketika menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang pernah berkali-kali dibom di Gaza, Palestin.

Beliau berkata, setiap hari tembakan, ancaman dan bom disasarkan kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Kadang-kadang orang yang sama cuba bina kehidupan tetapi dibom. Sampai tiga kali bina dan hancur kembali. Mula hilang seorang demi seorang ahli keluarga. Bangun setiap hari fikir mungkin bom tiba-tiba jatuh atas mereka.

“Gambar kereta itu, roket datang dan tuju sebuah rumah. Satu keluarga sedang berehat makan waktu petang. Semuanya syahid dibom. Ya Allah. Kereta tu terbang daripada sebelah sana. Begitulah keadaan mereka,” ujarnya dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Beliau menyifatkan Gaza seperti penjara terbesar dalam dunia dengan penghuninya tidak bergerak bebas ke mana-mana.

Tambahnya, barang yang dipesan penduduk kadang-kadang mengambil masa sehingga dua tahun untuk kelulusan kemasukan.

“Enam bulan itu biasa. Ada pantai tempat mereka berehat. Boleh memancing tapi sekitar 9.6 kilometer sahaja. Jika lebih akan diberi amaran bom. Semalam saja empat kali bunyi bom.

“Kita mula rasa sedikit dalam tempoh dua tahun ini bila Covid-19 melanda. Semoga Allah beri kekuatan pada kita melalui Covid-19. Allah angkat Covid-19. Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka semua. – K! ONLINE

Tiada ulasan: