on
PUTRAJAYA: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
dinamakan oleh sebuah portal majalah asing sebagai antara tujuh menteri
ekologi terbaik di benua Asia.
Menurut laporan Asia Business Info Magazine yang disiarkan menerusi laman
sesawang rasminya baru-baru ini, beliau disenaraikan tempat keenam dalam
kalangan menteri terbabit.
Kedudukan itu membolehkan Tuan Ibrahim mengatasi Menteri Alam Sekitar Korea
Selatan, Cho Myung-rae di posisi terakhir dalam senarai Anugerah Antarabangsa
2020 berkenaan.
Majalah berpusat di Makassar, Wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia itu
menamakan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan negara itu, Dr. Ir. Siti
Nurbaya Bakar di tempat pertama.
Ini diikuti bekas Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Masagos
Zulkifli serta posisi berikutnya, Menteri Alam Sekitar, Perhutanan dan
Perubahan Iklim India, Prakash Javadekar.
Seterusnya tempat keempat ialah Naib Presiden dan Ketua Jabatan Alam Sekitar
Iran, Issa Kalantari serta kedudukan kelima iaitu Menteri Alam Sekitar New
Zealand, David Parker.
Anugerah terbaik di peringkat Asia itu juga meliputi pelbagai kategori
antaranya ketua pegawai eksekutif, firma baharu, syarikat petroleum dan gas,
bank komersial serta bank pusat.
Yang turut disenaraikan dalam anugerah terbaik tersebut ialah kategori
gabenor wilayah, menteri luar negara, menteri kewangan, pemimpin kerajaan atau
negara dan syarikat penerbangan.
Berita itu turut dikongsi ramai netizen tempatan dan ramai bangga kerana
Tuan Ibrahim mampu ‘mengharumkan’ nama Malaysia meskipun baru sembilan bulan
menerajui kementerian berkenaan.
Nama para pemenang tersebut turut diumumkan ketika berlangsung program
sambutan ulang tahun kelapan wadah portal berita kewangan Asia itu di Hotel
Claro, Makassar baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan