KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar ekoran kemalangan melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hari ini.
“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” katanya dalam ciapan Twitter malam ini.
Sebelum itu, Khairy atau KJ mengalami kecederaan akibat kemalangan semasa menunggang basikal di lokasi yang tidak diketahui.
“Jalan berlubang, parit, KJ. 2020 sentiasa memberi,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.
Bagaimanapun beliau hanya mengalami kecederaan ringan itu tidak menyatakan lokasi berlaku kemalangan.
Melalui permohonan maaf JKR Kuala Langat itu bermakna kawasan kemalangan itu berada di lokasi di bawah kawalan seliaan pihaknya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan