Selasa, 29 Disember 2020

Paip utama pecah: 130 kawasan alami gangguan bekalan hingga 9 malam ini

paip-pecah
Paip air utama pecah di belakang Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 kawasan di Klang, Shah Alam dan 72 kawasan di Petaling Jaya bakal mengalami gangguan bekalan air bermula 1 tangahari ini.

Air Selangor berkata, gangguan berkenaan diakibatkan oleh paip utama yang pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 Shah Alam.

“Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 1 petang, 29 Disember 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada 9 malam ini.

Bagaimanapun menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sehubungan itu Air Selangor menyarankan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: