Cinca on
DUA orang adik beradik di Sibu Sarawak, dilaporkan merogol remaja berumur 16
tahun yang juga merupakan jirannya sehingga mangsa hamil 6 bulan.
Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam untuk dibicarakan. Si abang yang
berusia 25 tahun telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12
tahun dengan dua sebatan.
Namun meskipun telah mengaku bersalah, pertuduhan terhadap tertuduh kedua akan
dipindahkan ke Mahkamah Juvana kerana adik kepada tertuduh pertama itu baru
berusia 14 tahun.
Mahkamah masih memerlukan laporan dari Jabatan Kebajikan dan kes berkenaan
akan disebut semula di mahkamah pada 21 Januari tahun hadapan.
Remaja itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 4,000 di mana ayahnya
sebagai penjamin. Dia diperintahkan untuk melapor diri pada hari pertama
setiap bulan sepanjang tempoh perbicaraan.
Kedua-dua beradik itu dituduh merogol seorang gadis berusia 16 tahun pada
bulan Jun 2020. Kesalahan itu di bawah peruntukan 376 (2)(K) Kanun Keseksaan
yang membawa kepada hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun sehingga 30
tahun jika sabit kesalahan beserta hukuman sebat.
Berdasarkan fakta kes, mangsa telah dibawa ke sebuah klinik pada 5 Disember
tahun ini, dan doktor mengesahkan mangsa telah hamil enam bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan