KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan proses, Ramly Food Prosessing Sdn Bhd (RFPSB) mengesahkan tiada pembabitan orang tengah dalam urusan mengimport daging dan bahan mentah.
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni, berkata pengimportan itu turut dipantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara berkala dan disahkan halal.
"RFPSB adalah syarikat Bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitik beratkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dulu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disiarkan di Facebook Ramly Halal Kiosk Malaysia, hari ini.
Ramly Halal Kiosk Malaysia adalah syarikat di bawah Kumpulan Ramly yang fokus kepada kiosk dan juga restoran makanan segera.
Kenyataan itu merujuk kenyataan media JAKIM pada 23 Disember lalu berkenaan isu daging seludup.
Ramly berkata, RFPSB menyambut baik saranan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya tiada mana-mana pihak mengulas isu itu selagi siasatan penuh belum selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan