Afiq Ariffin
Ebit
Lew memuat naik video di Instagram pada Khamis, selepas melawat
mangsa
kemalangan Mohd Sis Latif di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
- Foto
Instagram/ Ebit Lew
KUALA LUMPUR:
Pendakwah yang terkenal dengan sikapnya yang gemar membantu orang
ramai, Ustaz Ebit Lew, meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan
langgar lari semalam.
Mangsa, Mohd Sis
Latif, 55 tahun, cedera parah akibat kemalangan yang dialami ketika
sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru pada Rabu.
Perkara
itu dikongsikan Ebit Lew menerusi satu muat naik video di laman sosial
Instagram miliknya semalam, selain menyatakan dirinya tidak mampu
menahan sebak ketika bertemu mangsa.
“Sayu
sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan
Ismail JB ziarah pakcik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di
Lebuhraya Pasir Gudang sehingga tangan kanannya terpaksa dipotong.
“(Saya) ziarahi (beliau) beri semangat dan sedikit sumbangan.
“Pakcik
ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak
gerakkan hari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu, dan cakap
tangan dah tiada. Allah ambil.
"InsyaAllah
nanti Akhirat semuanya sempurna. Semoga Allah beri kekuatan pada
abang,isteri dan anak-anak,” tulis Ebit Lew menerusi muat naik video
tersebut.
Tambah Ebit Lew, kunjungan tersebut dibuat sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.
Mohd Sis mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku pada jam 11.50 pagi pada Rabu.
Difahamkan,
ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan sedang berdiri di atas
platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan
berlubang di laluan berkenaan.
Namun,
lori berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang sehingga
menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di tangan
kanannya.
Mohd Sis kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan