Jumaat, 11 Disember 2020

Raja Muda Selangor sumbang RM100,000, bina kompleks anak yatim

SHAH ALAM : Yayasan Islam Darul Ehsan menerima sumbangan peribadi daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bernilai RM100,000 bagi Pembinaan Tabung Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah.

Pengurus Besarnya, Nur Mohd Razali Abdullah, berkata Tengku Amir menyampaikan cek sumbangan itu dalam satu majlis ringkas di Istana Kayangan petang semalam.

"Menjunjung Kasih Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan untuk menyampaikan sumbangan peribadi dalam bentuk cek bernilai RM100,000 bagi Pembinaan Tabung Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah.

"Tengku Amir Shah juga berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan perancangan semasa Projek Pembinaan Kompleks Anak Yatim, Ikon Mahabbah- Yayasan Islam Darul Ehsan dan projek pembekalan perubatan kepada asnaf-asnaf di Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Mohd Razali berkata, pembinaan kompleks berkenaan mampu menempatkan 200 anak-anak yatim dan ia adalah kompleks anak yatim termoden di Selangor.

Tambahnya, Yayasan Islam Darul Ehsan sudah mengumpul sebanyak RM6.6 juta untuk pembinaan kompleks berkenaan dan masih memerlukan RM3.4 juta

"Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh melakukannya di akaun Yayasan Islam Darul Ehsan, Bank Islam, bernombor 1223 40100 07330 atau melalui dalam talian Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ , juga melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) dan aplikasi Snap and Pay," katanya.

Tiada ulasan: