Bernama
Lelaki
itu atau sesiapa yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai
Penyiasat Insp Nursyahirah Safri dengan menelefon 017-5853559.
BUKIT MERTAJAM:
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi perbicaraan
bagi kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi 1 Pulau Pinang, di George
Town dekat sini pada 21 Dis ini.
Ketua
Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata
Shaharudin Musa, 51, beralamat di No 7, Lorong Siakap 28, Seberang Jaya
di sini, sedang dicari polis.
"Saksi
itu merupakan pemilik kenderaan di mana barang kes iaitu dadah dijumpai
dan kehadirannya dalam perbicaraan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta
Dadah Berbahaya 1952 adalah amat penting," katanya dalam kenyataan pada
Selasa.
Katanya lelaki itu atau sesiapa
yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nursyahirah
Safri dengan menelefon 017-5853559.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan