Bernama
Prof
Dr Sazaly Abu Bakar berkata sekiranya mahu berkecimpung dalam
penghasilan
vaksin, negara kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
banyak untuk tujuan itu.
- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada
masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar
sekiranya berlaku wabak baharu.
Pengarah
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC)
Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai
ramai pakar dalam membangunkan penyelidikan mengenai vaksin tetapi
terbantut oleh kekangan teknologi dan kos yang tinggi.
Beliau
berkata vaksin COVID-19 sebagai contoh, kini boleh dibangunkan dalam
masa tidak sampai setahun dengan menggunakan teknologi terkini
berbanding teknologi lama yang memakan masa lapan hingga 15 tahun.
"Kos
membangunkan vaksin dengan menggunakan teknologi terkini adalah tinggi
dan sekiranya mahu berkecimpung (dalam penghasilan vaksin) kita terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tujuan itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Inovasi Vaksin Pandemik' terbitan Bernama TV malam tadi.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan