Bernama
Semua
suspek bekerja di premis itu sejak tiga bulan lepas dengan
masing-masing
menerima bayaran RM2,500 sebulan. - Foto Twitter Bernama
KUALA LUMPUR:
Polis menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyediakan latihan untuk
mempromosi judi dalam talian dan pelaburan saham di sebuah hotel di
Jalan Changkat Thambi Dollah dekat sini, tengah malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata empat
lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga
33 tahun ditahan dalam serbuan di premis berkenaan kira-kira pukul 12.01
tengah malam.
Beliau
berkata siasatan awal mendapati sindiket itu memberikan latihan bagi
mempromosi aktiviti perjudian dalam talian serta pelaburan saham untuk
pasaran di negara China, dan kesemua suspek dibawa masuk ke negara ini
menggunakan pas lawatan sosial yang diuruskan majikan mereka.
“Semua
suspek bekerja di premis itu sejak tiga bulan lepas dengan
masing-masing menerima bayaran RM2,500 sebulan,” katanya dalam
kenyataan.
Polis
turut merampas 14 unit telefon bimbit, dua buah komputer riba dan
pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk menjalankan perjudian
dalam talian.
Mohamad Zainal berkata
semua suspek direman sehingga 11 Dis ini untuk disiasat mengikut Seksyen
4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan