Ahad, 20 Disember 2020

Mangsa banjir di Terengganu lebih 6,000 orang

 

CHUKAI: Banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan dengan seramai 6,133 orang membabitkan 1,621 keluarga di Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, sebanyak 47 pusat penempatan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan semua mangsa banjir membabitkan pelbagai golongan usia seperti bayi, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kemaman terus menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir apabila seramai 4,988 orang dari daerah berkenaan dipindahkan di 24 PPS membabitkan 1,210 keluarga.

Di Dungun, satu lagi PPS baharu diaktifkan menjadikan sembilan PPS yang diaktifkan setakat ini bagi menempatkan 329 mangsa membabitkan 90 keluarga.

Peningkatan mendadak mangsa terjejas banjir berlaku di Hulu Terengganu dengan jumlah mangsa dipindahkan seramai 805 orang daripada 318 keluarga.

Semua mangsa ditempatkan di 13 PPS, sekali gus menyaksikan penambahan tiga PPS baharu diaktifkan berbanding hanya 10 PPS sebelum ini.

Di Setiu, jumlah mangsa terjejas banjir kekal dengan 11 mangsa daripada tiga keluarga dan ditempatkan di PPS balai raya lama Kampung Bukit Nenas

Tiada ulasan: