Jumaat, 8 Mei 2020

Sweden guna tahi ayam cegah penularan Covid-19

Penyemburan kotoran tahi ayam di taman bandar Lund bagi 
mengelakkan orang ramai berkumpul. (Gambar Twitter)

Penduduk Lund di Sweden melakukan cara unik untuk mencegah penularan Covid-19 menggunakan kotoran tahi ayam bagi mengelak orang ramai berkumpul di taman sempena festival musim bunga Walpurgis Night.

 

Menurut laporan BBC, bandar tertua di Sweden ini setiap tahun akan menganjurkan festival itu dan kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai.

Sehubungan itu, Datuk Bandar Lund, Phillip Sandberg menyokong idea menabur tahi ayam di taman tersebut bagi mencegah penularan Covid-19.

“Festival itu menarik lebih ramai 30,000 orang dalam satu masa tetapi kerana Covid-19, kita tidak mahu Lund menjadi pusat penularan wabak tersebut.

“Pemerintah kota Lund tidak melarang penganjuran festival itu tetapi mereka perlu fikir yang terbaik,” katanya.
Katanya, sebilangan besar pelajar di sini menghormati cadangan berkenaan.

“Walaupun segelintir masyarakat masih berkunjung ke taman itu, namun bila kita menggunakan tahi ayam di kawasan padang, ia boleh mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 kerana bau busuk,” katanya.

Sweden juga menyarankan kepada rakyatnya agar menjaga jarak sosial mereka ketika berada di luar rumah.

Setakat ini, sebanyak 23,216 kes positif Covid-19 direkodkan, manakala seramai 1,543 kes pesakit telah sembuh dan angka kematian melibatkan seramai 2,854 orang.

Tiada ulasan: