PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri menepis laporan mendakwa kerajaan sudah memutuskan untuk menyambung perintah kawalan pergerakan bersyarat, yang tamat 9 Jun, sebagai palsu.
Orang ramai digalakkan layari laman web Majlis Keselaman Negara (MKN) bagi mendapatkan perkembangan terkini serta sektor perniagaan yang dibenarkan dibuka ketika PKPB.
“Tular kita telah tetapkan sambungan PKPB ini, dengan pelbagai tatacara operasi standard (SOP), pelbagai premis perniagaan dibenarkan, dan pelbagai lagi berita palsu.
“Kalau nak periksa betul-betul SOP, periksa dalam laman web MKN. Sangat jelas industri dan sektor perniagaan mana yang dibenarkan,” katanya pada sidang media hariannya.
Ismail berkata, PKPB akan disambung atau tidak akan diputuskan kemudian.
Sementara itu, kerajaan akan mengkaji isu kebenaran rentas negeri kepada suami atau isteri yang terpisah dengan pasangan dan anak kerana PKPB.
Ismail berkata tidak ramai memohon kemudahan itu sebelum ia ditarik balik selepas kes aktif di kesan di negeri hijau.
“Dulu bila kita buka, tak ramai yang mohon. Mungkin dia tunggu raya. Tiba-tiba kerajaan tak benarkan rentas negeri sebelum raya.”
Dalam pada itu, Ismail berkata pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didapati negatif selepas menjalani saringan Covid-19 akan terus dihantar ke depot tahanan imigresen.
“Tetapi warga asing yang mempunyai dokumen jika negatif Covid-19 akan mendapat surat daripada doktor,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan