Seorang penyelidik yang mendapat pendidikan di Singapura ditemui mati dibunuh di saat dia hampir menyiapkan hasil kajiannya dan bakal membuat penemuan besar mengenai Covid-19.
Dr Bing Liu berusia 37 tahun ditembak mati pada 2 Mei ketika bersendirian di rumahnya di Ross Township, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Dia yang merupakan profesor di Universiti of Pittsburgh Pennslyvania, sebelum ini di katakan hampir membuat penemuan signifikan berkaitan pandemik itu.
Pihak polis menyatakan Bing ditemui dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.
Mereka turut menemui mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai Hau Gu berusia 46 tahun di dalam sebuah kereta di luar rumah Bing.
Polis percaya lelaki itu menembak dan membunuh Bing sebelum membunuh diri.
Polis mendedahkan kedua mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain tetapi masih belum ada bukti yang menunjukkan ia adalah satu jenayah kebencian.
Bing mempunyai Ijazah Kedoktoran di Universiti Nasional Singapura dan kini bertugas di Fakulti Perubatan, Universiti of Pittsburgh.
Bing disifatkan sebagai seorang rakan kerja yang berdedikasi, pintar dan disenangi ramai. Dia banyak menyumbang beberapa projek ilmiah dan menerbitkan jurnal berprofil tinggi.
“Bing hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut,” menurut kenyataan universiti itu.
Anggota fakulti yang lain kini berusaha untuk menyelesaikan kajian Bing sebagai tanda penghargaan kepada usahanya selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan