Jumaat, 15 Mei 2020

PH ni Menteri Agama baik dan warak macam Dr Zul pun dia orang nak perjahatkan


Sekurang-kurang terdapat lima laporan polis dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad, kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Berdasarkan beberapa laporan polis, pengadu membuat laporan itu berhubung tindakan Zulkifli yang dikatakan mengundang beberapa individu ke pejabatnya di Putrjaya ketika PKP sedang berlangsung.

Laporan berkenaan dibuat di Selangor, Johor dan Kelantan dengan sebahagiannya dibuat awal bulan ini.

Menurut aduan, pengadu antara lain mempersoalkan tindakan Zulkifli mengadakan pertemuan dengan anggota Majis Tertinggi (MT) Umno Fathul Bari Mat Jahya; dua pensyarah universiti, Dr Rozaimi Ramle serta Dr Ahmad Kamilin Jamilin dan beberapa individu lain.

Pertemuan itu dikatakan bagi membincang projek menterjemah kitab yang sedang dirancang. Pertemuan tersebut turut dimuat naik di laman sosial bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.

Pengadu yang enggan namanya didedahkan berkata, tindakan menteri agama itu jelas bertentangan dengan peraturan PKP, justeru pihak berkuasa wajar menjalankan siasatan.

"Gambar yang dimuat naik di Facebooknya jelas menunjukkan mesyuarat berlangsung seperti biasa tanpa menjaga penjarakan sosial.

"Begitu juga ada individu yang datang berjumpa beliau dengan melakukan perjalanan lebih 10 kilometer ketika PKP masih berkuat kuasa.

"Jadi, satu sisatan terperinci perlu dilakukan dan tidak sewajarnya perlu diambil jika beliau didapati melanggar PKP," kata pengadu

MR :  Bila mereka lihat ada UMNO dalam mesyuarat bersama, mereka (baca PH) alergik sikit tanpa berfikir kebaikan Islam.


Tiada ulasan: