1)
Kekalutan semasa Langkah Sheraton adalah berpunca daripada PH sendiri.
Ia adalah rentetan daripada krisis dalaman PKR dan 'pemberontakan' PPBM.
Kemusnahan kerajaan PH disempurnakan oleh perletakan jawatan YAB Tun
Mahathir sebagai PM-7.
2) Krisis dalaman PKR bukan benda baru. Team kartel dalam PKR sudah lama disebut-sebut sejak sebelum PRU14 lagi. Walaupun sudah berpakat dan memenangi PRU14 membentuk kerajaan, dapat jawatan menteri juga, tetapi krisis dalaman PKR terus membarah.
3) Beberapa insiden pergaduhan sehingga ada insiden berdarah dalam pemilihan dan paling teruk semasa kongres PKR di Melaka - sudah cukup membuktikan betapa parahnya krisis dalaman PKR. Ia adalah tanda kegagalan Presiden parti mengurus krisis dalaman parti.
4) Manakala PPBM pula, kita sudah kerap beritahu bahawa ideologi PPBM adalah berbeza dengan parti-parti ain dalam komponen PH. Jiwa PPBM adalah jiwa konservatif, manakala jiwa PH adalah umumnya liberal. Penganalisis rata-rata sudah lama jangka, hubungan PPBM dalam PH tidak akan lama. Ia hanya bom jangka, dan nyata ia terjadi.
5) Jadi, jika anda menyalahkan UMNO dan PAS dalam Langkah Sheraton, ia adalah salah satu cara anda tak mahu mengaku salah dan tak mahu mengaku kegagalan sendiri mengurus parti dan pakatan, sehingga berlakunya pengkhianatan.
6) Tiada istilah musuh khianati kita. Musuh memang dah kerjanya melawan kita, memang nak jatuhkan kita. Kita tak jatuh pun kalau pihak kita sendiri tak khianat. Pengkhianatan adalah datang daripada pihak dalaman kita sendiri.
7) Jadi, Langkah Sheraton adalah kekalutan yang berpunca daripada PH. Seterusnya, sidang parlimen 18 Mei nanti juga dijangka akan berlaku kekecohan politik sekali lagi. Puncanya adalah PH juga. Politiking PH tidak dapat lari daripada membuat kecoh, lepas tu salahkan pihak lain.
8 ) Undi tak perchaya jika berjaya sekalipun, kerajaan PH 2.0 yang bakal dibentuk adalah sangat tidak stabil. PH 2.0 tidak akan stabil seperti PH1.0 lagi. Bila-bila masa juga boleh tumbang atau ditumbangkan. Sampai bila rakyat dan ekonomi negara akan hadap ketidakstabilan ini?
9) Langkah terakhir adalah pembubaran parlimen. Tetapi tiada seorang pemimpin PH pun yang berani menyuarakan pandangan untuk pembubaran parlimen sebagai langkah yang berkesan untuk tamatkan krisis politik ini. Masih teguh memegang kata-kata "kami ada mandat rakyat".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan