Jumaat, 15 Mei 2020

Polis nafi pergaduhan antara warga Rohingnya dengan anggota MPS

Bernama

MGF020520_SUASANA-PKPD_06
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal sekitar kawasan Selayang Baru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang Baru, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LUMPUR – Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.

“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” katanya ringkas kepada Bernama.

Hari ini tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba untuk membelasah sekumpulan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.— BERNAMA

Tiada ulasan: